Skip to main content

Posts

Showing posts with the label PRU16

Peluang MUDA Di Puteri Wangsa Makin Tipis

Keputusan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) untuk meletakkan Rashifa Aljunied sebagai calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 menimbulkan persoalan besar dalam kalangan pemerhati politik. Puteri Wangsa bukan sekadar kerusi biasa, tetapi merupakan simbol kemenangan pertama MUDA pada PRN Johor 2022. Ketika itu, Amira Aisya berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti selesa. Namun, empat tahun kemudian, Amira Aisya memilih untuk tidak mempertahankan kerusi berkenaan. Alasan yang diberikan adalah beliau mahu memberi tumpuan kepada kerusi Parlimen menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16). Walau bagaimanapun, dari perspektif politik, keputusan itu menimbulkan tanda tanya, adakah Amira Aisya sebenarnya gagal membina pengaruh di Puteri Wangsa? SUMBER: https://www.utusan.com.my/nasional/politik/2026/06/kerusi-dun-puteri-wangsa-milik-pkr-amanah-johor/ Puteri Wangsa mempunya...

Mahathir Gagal Sebagai Penasihat PN

   Arena politik Malaysia digemparkan dengan krisis dalaman membabitkan gabungan Perikatan Nasional (PN) pada akhir tahun lalu. Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai pengerusi gabungan tersebut berkuatkuasa 1 Januari lalu selepas berlaku kehilangan sokongan dalam kalangan ahli terhadap beliau. Krisis dalaman berkenaan semakin memuncak apabila berlaku konflik kepimpinan dalam kerajaan Perlis pada akhir tahun lalu. Bersatu berjaya mengekalkan jawatan Menteri Besar di Perlis tetapi PAS muncul sebagai kuasa dominan dalam gabungan terbabit. Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan bahawa Pengerusi PN seterusnya akan dicalonkan daripada kepimpinan parti itu, menandakan berlakunya peralihan kuasa yang jelas dalam PN. Konfilk tersebut sekali gus melemahkan PN menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) selain menimbulkan persoalan jelas tentang usaha penyatuan Melayu yang sering digembar-gemburkan. SUMBER: https://www.suarakeadilan.my/post/krisis-polit...

Laluan Sukar Syed Saddiq Kekalkan Kerusi Muar

Baru-baru ini, penganalisis politik meramalkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memiliki peluang baik untuk mengekalkan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) sekiranya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon. Syed Saddiq dijangka boleh mengekalkan kerusi itu jika berlaku perpecahan undi antara BN dan PH. Namun, perkara itu dilihat sebagai mustahil dengan mengambil kira beberapa faktor penting dalam arena politik tempatan ketika ini. Ada juga penganalisis yang berpendapat PKR berada pada kedudukan terbaik untuk memenangi kerusi Muar sekiranya bertanding menentang Syed Saddiq. SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/701802/berita/politik/amanah-johor-cadang-kerusi-parlimen-muar-dun-puteri-wangsa-ditandingi-ph Kemenangan Syed Saddiq di Muar dalam dua pilihan raya sebelum ini banyak dibantu dengan sokongan jentera gabungan PH. Pada PRU-14, Syed Saddiq menang selesa dengan majoriti 6,953 undi. Namun pada PRU-15, beliau mengekalkan ...

Syed Saddiq Tidak Layak Pegang Portfolio Penting

Baru-baru ini, wujud hantaran dalam kalangan netizen yang mencadangkan ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar dilantik sebagai Menteri Pendidikan. Hantaran itu bagaimanapun tidak memberikan sebab munasabah Syed Saddiq patut dilantik sebagai Menteri Pendidikan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) sekiranya beliau masih menjadi ahli Parlimen. Adakah hantaran itu sekadar berseloroh atau merupakan satu strategi untuk para penyokong Syed Saddiq mahukan beliau menjadi menteri? Namun, rekod Syed Saddiq sebagai Menteri Belia dan Sukan sebelum ini tidak memberangsangkan dan idea tersebut seolah-olah lebih kepada gimik daripada solusi. SUMBER: https://malaysiagazette.com/2021/08/11/syed-saddiqs-failed-sports-legacy/ Pengalaman Syed Saddiq ketika memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan telah menunjukkan kecenderungan beliau untuk lebih menonjolkan 'gimik politik' berbanding keberkesanan dasar jangka panjang. Fokus berlebihan kepada e-sukan, walaupun ada nilai dalam se...

MUDA Bukan Pilihan Golongan Belia Lagi

Dalam tempoh dua minggu pertama April, dua pemimpin parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Sabah keluar dari parti berkenaan. Pengerusi MUDA Sabah, Amos Thien Tze Tin meninggalkan parti berkenaan untuk menyertai DAP. Jawatankuasa Eksekutif Pusat merangkap Biro Strategik MUDA, Warence Mudin kemudiannya turut mengumumkan pengundurannya dari parti tersebut. Pengunduran kedua-dua individu terbabit yang memegang jawatan penting dalam MUDA memberi gambaran jelas tentang masa depan MUDA. MUDA kini bukan pilihan golongan muda untuk berjuang membawa suara rakyat di bawah panji parti tersebut. Apakah yang menyebabkan MUDA bukan lagi pilihan golongan muda untuk menyuarakan aspirasi mereka? https://www.sinarharian.com.my/article/657742/berita/politik/keahlian-amos-automatik-gugur-muda-sabah-tidak-terjejas https://www.utusan.com.my/berita/2024/04/lagi-pemimpin-muda-keluar-parti-muda-berdepan-krisis/ 'Permusuhan' antara MUDA dan parti lain meruncingkan masalah yang dihadapi oleh mereka. S...