Skip to main content

Posts

Showing posts with the label YDP Agong

Mahathir 'Pemanipulasi Undang-Undang'

Institusi kehakiman merupakan salah satu tunjang penting dalam sistem demokrasi serta pemerintahan Malaysia. Ketelusan dan pengawasan yang rapi dalam sistem operasi badan kehakiman adalah penting bagi memastikan pelaksanaan undang-undang dapat dilakukan dengan adil serta saksama. Namun, wujud perdebatan melibatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan badan kehakiman di negara ini. Malah, isu ini bukan sahaja baru diperdebatkan tetapi sejak berdekad lamanya. Perdebatan berkenaan membabitkan isu campur tangan atau manipulasi Mahathir dalam sistem kehakiman negara. Mahathir didakwa mencampuri banyak urusan badan kehakiman semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Beliau didakwa sering kali menggunakan kuasa politiknya untuk mempengaruhi keputusan dan tindakan badan kehakiman termasuklah melibatkan keputusan mahkamah terhadap musuh politik Mahathir. Sebagai contoh, wujud dakwaan sebelum ini bahawa Mahathir merupakan individu bertanggungjawab melantik hakim yang mengetuai kes per