Skip to main content

Posts

Showing posts with the label perkauman

Mahathir Pemecah Belah Negara

Memasuki usia seratus tahun, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih enggan duduk diam. Beliau yang pernah dijulang sebagai artikek Malaysia moden kini dianggap sebagai figura yang mencetuskan kontroversi demi kontroversi. Mahathir sepatutnya dikenang kerana legasinya terhadap pemodenan Malaysia. Namun kenangan itu bertukar menjadi kebencian ekoran tuduhan, kenyataan kontroversi dan usaha berterusan daripada Mahathir untuk menjatuhkan kerajaan. SUMBER: https://malay.today/2025/02/19/tun-mahathir-arkitek-malaysia-moden-yang-penuh-kontroversi/ Salah satu kontroversi terbesar Mahathir adalah dakwaan pengkhianatan negara berhubung isu Pulau Batu Puteh. Kehilangan Pulau Batu Puteh bukanlah satu kesilapan, tetapi satu bentuk keputusan yang dilakukan dengan sengaja oleh kerajaan Mahathir pada 2018. Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) telah mengesyorkan siasatan jenayah terhadap Mahathir kerana beliau didakwa sengaja menggalakkan Kabinet ketika era pemerintahanya s...

Generasi Muda Melayu Tak Yakin Naratif Mahathir

Melangkaui usia seabad, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah dijulang sebagai arkitek pemodenan negara. Namun, di sebalik pencapaian berkenaan, strategi beliau untuk menyatukan golongan Melayu sering kali dilihat sebagai usaha yang gagal dan lapuk, terutamanya dalam konteks politik kontemporari. Golongan muda, khususnya generasi Z (Gen-Z) dan milenial, semakin menolak naratif perkauman yang menjadi asas perjuangan beliau dan menyifatkannya sebagai simbol politik toksik serta obses dengan isu kaum dan agama. Dalam era pasca-pandemik dan transformasi digital, golongan muda Melayu lebih terdedah kepada persekitaran bersifat global menerusi media sosial, pendidikan dan pengalaman. Golongan itu tidak lagi melihat diri mereka semata-mata melalui lensa perkauman, sebaliknya lebih memberi tumpuan kepada meritokrasi, keadilan sosial serta pembangunan inklusif.  SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/pandangan/2026/01/03/bagaimana-anak-muda-melihat-politi...