Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ini terpalit dengan skandal pengisytiharan asetnya. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan berhubung aset milik Mahathir masih berjalan. SPRM turut sedang mendapatkan maklumat daripada pihak berkuasa di United Kingdom (UK) berkaitan aset Mahathir. Sebelum ini, Mahathir berulang kali menyatakan beliau tidak pernah memiliki aset di luar negara. Malahan, Mahathir turut menyindir SPRM dengan mengatakan sekiranya benar beliau memiliki aset di UK, Mahathir mahu menuntutnya. Namun, beberapa laporan media sebelum ini mendedahkan aset yang dimiliki oleh Mahathir dan beberapa orang yang rapat dengannya seperti Tun Daim Zainuddin. SUMBER: https://malaysiagazette.com/2025/09/24/sprm-siasat-aset-tun-mahathir-di-uk-switzerland/ Laporan media serta pendedahan beberapa individu berpengaruh mendakwa Mahathir telah menyebabkan kerugian kepada negara sebanyak RM31.5 bilion ketika skandal Forex Bank Negara Malaysia...