Skip to main content

Posts

Showing posts with the label PRU14

Pejuang Tidak Belajar Dari Sejarah

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengatakan pertukaran Perdana Menteri boleh berlaku selain kaedah pilihan raya. Parti berkenaan turut menegaskan tidak salah untuk mengadakan pilihan raya mengejut atau melakukan penukaran kerajaan kerana dibenarkan dari segi Perlembagaan. Parti itu juga mendedahkan sedang mempersiapkan jentera mereka bagi menghadapi kemungkinan pilihan raya mengejut pada hujung tahun ini. Namun apakah kesannya sekiranya berlaku pertukaran Perdana Menteri tanpa pilihan raya? Apakah juga kesannya kepada kestabilan negara khususnya dalam tempoh yang semakin mencabar ini? SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/708867/berita/nasional/naratif-tukar-kerajaan-beri-impak-tidak-baik-pada-negara Jika diteliti sejarah politik Malaysia dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pertukaran Perdana Menteri tanpa melalui pilihan raya bukan sahaja telah mencetuskan ketidakstabilan politik tetapi juga menggugat keyakinan rakyat serta pelabur. Sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14)...

Antara Pejuang Dan MUDA, Siapa Bakal Tenggelam?

Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), arena politik tempatan disajikan dengan penubuhan dua parti baharu iaitu Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Kedua-dua parti berkenaan muncul sebagai entiti yang berbeza dari segi cita-cita dan pendekatan mereka. Pejuang dan MUDA bagaimanapun mempunyai persamaan iaitu kedua-dua parti berkenaan ditubuhkan selepas pengasas masing-masing iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad serta Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menarik diri daripada Bersatu pada 2020. Namun, selepas beberapa siri kegagalan dalam pilihan raya dan isu dalaman yang menghantui Pejuang serta MUDA, wujud satu persoalan bermain dalam minda orang ramai. Antara Pejuang dan MUDA, parti mana yang berkemungkinan bakal 'tenggelam' dahulu? Parti Pejuang ditubuhkan oleh Mahathir dengan visi untuk memperjuangkan kepentingan rakyat Malaysia yang dikatakan telah diketepikan oleh parti-parti arus perdana. Namun, sejak awal penubuhannya, parti ini berdepan p...

Konflik Berkepentingan 'Hantui' Mahathir

Baru-baru ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan tidak akan menghadiri siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kes Pulau Batu Puteh selepas mendakwa berlaku konflik berkepentingan berhubung pelantikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif. Peguam kepada Mahathir iaitu Muhammad Rafique Rashid Ali mendakwa pelantikan Tun Md Raus akan mencemarkan keseluruhan prosiding RCI. Maka, Muhammad Rafique mewakili anak guamnya mahu kerajaan menggantikan Tun Md Raus sebagai Pengerusi RCI bagi memastikan keadilan buat Mahathir. Pada 2017, Mahathir memfailkan satu semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keabsahan pelantikan Tun Md Raus sebagai hakim tambahan Mahkamah Persekutuan kerana Tun Md Raus Sharif telah mencapai usia 66 tahun dan enam bulan. Namun, Mahathir didakwa hanya memberi alasan dan sebaliknya mempunyai sejarah konflik berkepentingan sebelum ini ketika menjadi Perdana Menteri. Rujukan: https://www.sinarharian.com.my/arti...

Gelombang Perubahan Menenggelamkan Mahathir

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad meluahkan rasa kecewanya selepas kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Langkawi. Dalam wawancara podsiar bersama 'Keluar Sekejap', Mahathir menyuarakan kesedihannya kerana sumbangannya dalam membangunkan Langkawi tidak dihargai oleh penduduk tempatan. Beliau menegaskan telah melakukan pelbagai inisiatif untuk penduduk Langkawi seperti menjadikan pulau tersebut sebagai pulau bebas cukai dan bantu membina rumah yang rosak selepas tsunami melanda. Mahathir turut mengaitkan kekalahannya dengan sikap rakyat yang lebih cenderung menerima bantuan dalam bentuk wang ringgit. Dakwanya, orang Melayu pada masa kini lebih mementingkan wang ringgit berbanding segala khidmat yang pernah diberikan oleh beliau kepada penduduk Langkawi. Kita tidak boleh menolak kemungkinan bahawa wujud faktor lain yang menyebabkan kekalahan Mahathir pada PRU15 selain dakwaan yang dilontarkan oleh beliau. Pertama, pengaruh politik dan im...

Zaman Mahathir Sudah Berlalu Lama

Baru-baru ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kekalahannya ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) adalah disebabkan amalan rasuah oleh pihak tertentu. Beliau mendakwa kehilangan lebih 14,000 undi gara-gara amalan rasuah berkenaan. Namun, ada ahli politik blok pembangkang menafikan dakwaan itu dan meminta Mahathir mengusulkan petisyen membantah kekalahannya itu. Ketua ARMADA BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, Mahathir sepatutnya membuat petisyen sekiranya mempunyai bukti kukuh berhubung dakwaan itu daripada membangkitkan isu tersebut kepada umum. Tambahnya lagi, Mahathir perlu mengakui bahawa PRU-15 dibuat secara adil dan bebas serta tuduhan bekas Perdana Menteri itu disifatkan tidak berasas. Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/07/1126930/tun-m-patut-fail-petisyen-jika-ada-bukti-kekalahan-di-langkawi Kekalahan teruk Mahathir sehingga hilang wang deposit pada PRU-15 perlu diamati oleh beliau. Mahathir perlu menerima orang ra...

Impak Buruk Politik Mahathir Terhadap Suhu Politik Semasa Negara

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memerintah negara selama beberapa dekad bermula 1981 hingga 2003 dan kembali memegang jawatan itu buat sementara pada 2018 hingga 2020. Pada era pemerintahan buat kali pertama, ramai menyifatkan Mahathir menerajui negara dengan baik dan memajukan Malaysia sehingga digelar sebagai Bapa Pemodenan Malaysia. Ramai bersedih apabila Mahathir mengumumkan dirinya akan meletakkan jawatan pada 2003. Selepas berbelas tahun menyepi atau kurang aktif dalam dunia politik, beliau kembali menerajui tampuk pemerintahan negara selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018. Namun era pemerintahannya buat kali kedua, bukan sahaja gagal malah meninggalkan impak buruk kepada rakyat serta negara. Kesannya juga dirasai sehingga sekarang, tambahan pula Mahathir aktif lantang menyuarakan pelbagai isu terhadap kerajaan ketika ini. Media memainkan peranan penting dalam menyampaikan wadah berita kepada umum. Tanpa media, rakyat sukar untuk mendapatkan kandungan ...