Skip to main content

Zaman Mahathir Sudah Berlalu Lama


Baru-baru ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kekalahannya ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) adalah disebabkan amalan rasuah oleh pihak tertentu.

Beliau mendakwa kehilangan lebih 14,000 undi gara-gara amalan rasuah berkenaan.

Namun, ada ahli politik blok pembangkang menafikan dakwaan itu dan meminta Mahathir mengusulkan petisyen membantah kekalahannya itu.

Ketua ARMADA BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, Mahathir sepatutnya membuat petisyen sekiranya mempunyai bukti kukuh berhubung dakwaan itu daripada membangkitkan isu tersebut kepada umum.

Tambahnya lagi, Mahathir perlu mengakui bahawa PRU-15 dibuat secara adil dan bebas serta tuduhan bekas Perdana Menteri itu disifatkan tidak berasas.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/07/1126930/tun-m-patut-fail-petisyen-jika-ada-bukti-kekalahan-di-langkawi


Kekalahan teruk Mahathir sehingga hilang wang deposit pada PRU-15 perlu diamati oleh beliau.

Mahathir perlu menerima orang ramai tidak lagi memberikan sokongan kepadanya berbanding dahulu.

Rakyat mahukan pemimpin yang memiliki idea baharu dalam memperjuangkan kebajikan dan suara mereka.

Zaman Mahathir dianggap sudah berlalu dan beliau perlu menerima hakikat bahawa orang ramai tidak lagi mahu bergantung kepadanya sebagai wakil rakyat di Langkawi atau lokasi lain.

Kesihatan Mahathir juga berada pada tahap membimbangkan di samping usianya yang hampir menginjak 100 tahun.

Mahathir sepatutnya pada usia berkenaan perlu mengambil pendekatan menjauhkan diri daripada dunia politik yang kian mencabar.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/10/11/lebih-baik-bersara-tak-relevan-jadi-wakil-rakyat-warganet-kritik-hasrat-dr-m-bertanding/

https://www.malaysianow.com/my/news/2023/02/08/mengapa-mahathir-kalah-di-langkawi


Mahathir juga dilabel sebagai pemimpin politik yang menerapkan amalan nepotisme dalam pentadbirannya seperti didakwa oleh segelintir pihak.

Dakwaan demi dakwaan sedemikian yang dilontarkan terhadap Mahathir telah menjejaskan kredibiliti beliau sebagai pemimpin negara yang disegani suatu masa dahulu oleh rakyat Malaysia.

Malahan, beberapa polisi yang diterapkan ketika memegang jawatan Perdana Menteri ketujuh pada 2018 hingga 2020 dilihat gagal dan menyusahkan rakyat.

Janji-janji yang dilontarkan dalam manifesto PRU-14 juga gagal dilunaskan oleh Mahathir sehingga mengundang kecaman orang ramai sehingga kini.

Di Langkawi, Mahathir gagal memperbaiki prestasi ekonomi di situ terutamanya dari segi peluang pekerjaan serta meningkatkan taraf hidup penduduk setempat.

Malahan, para pelancong juga semakin berkurang untuk berkunjung ke Langkawi akibat beberapa faktor yang gagal diambil perhatian oleh Mahathir seperti isu harga yang terlalu mahal serta masalah pengangkutan feri.

Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2022/10/pelancong-sudah-malas-ke-langkawi/

https://z-p4-upload.facebook.com/Voicejohor/posts/815779006507702


Faktor kegagalan Mahathir yang paling penting adalah beliau kerap mencetuskan pelbagai kontroversi khususnya dalam soal perkauman.

Naratif perkauman beliau seperti melabel Melayu malas serta mengkritik kaum Cina yang menggunakan chopstick adalah antara punca Mahathir gagal mendapat tempat dalam kalangan pengundi.

Selain itu, tindakannya yang memecah belah parti dan melompat pelbagai parti sehingga menubuhkan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) telah menjejaskan kredibiliti Mahathir.

Sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka, Johor dan Sarawak pada 2021, PEJUANG hanya parti 'belasahan' dan ramai ahlinya hilang wang deposit.

Mahathir seharusnya sedar bermula titik itu, parti berkenaan tidak relevan untuk bertanding dalam mana-mana pilihan raya kerana diterajui oleh Mahathir dan anaknya, Datuk Seri Muhkriz.

Rakyat tahu sekiranya mereka memilih PEJUANG, maka tampuk pemerintahan negara akan diserahkan semula kepada Mahathir buat kali ketiga.

Situasi itu yang cuba dielakkan oleh rakyat kerana tidak mahu lagi kembali kepada zaman pemerintahan yang kurang menentu di bawah Mahathir seperti berlaku pada 2018-2020.

Sumber: https://malaysiapost.com.my/2022/11/20/tun-m-mukhriz-antara-369-calon-hilang-deposit/

https://suara.tv/13/03/2022/pejuang-hilang-deposit-42-kerusi-ditandingi-sumbang-rm210000-kepada-spr-laporan/


Tuntasnya, Mahathir harus berlapang dada menerima hakikat bahawa beliau bukan lagi pemimpin disegani seperti suatu masa dahulu.

Rakyat mahukan perubahan yang lebih baik untuk negara dan disebabkan itu, mereka memilih pemimpin lain untuk memperjuangkan kebajikan orang ramai.

Rakyat tidak memilih Mahathir bukan kerana rasuah tetapi tiba masa untuk bergerak ke hadapan demi kepentingan negara.

Mahathir perlu akui, zamannya telah berakhir dan beliau perlu mengambil inisiatif untuk berehat.

Tiada apa lagi yang perlu dikejar dalam dunia politik pada usia seperti Mahathir.

Mahathir perlu menjadi pemerhati sahaja dan berikan ruang kepada para pemimpin muda untuk mencorakkan pembangunan negara.

Comments

Popular posts from this blog

Kes Mahkamah Syed Saddiq, Peluang Baharu Muar?

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkemungkinan memiliki tempoh singkat memegang jawatan berkenaan. Kes penyelewengan dana parti melibatkan Syed Saddiq masih dalam proses rayuan. Namun sekiranya Syed Saddiq didapati bersalah, maka jawatan beliau sebagai Ahli Parlimen secara automatik akan tergugur. Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seseorang anggota Parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika beliau dijatuhi hukuman penjara lebih daripada setahun atau didenda lebih daripada RM2,000. Justeru, muncul persoalan penting yang perlu dibincangkan. Adakah pengguguran automatik jawatan Syed Saddiq sebagai ahli Parlimen, sekiranya didapati bersalah, merupakan satu kelegaan serta peluang emas buat para pengundi di Muar? SUMBER: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/04/1204715/syed-saddiq-masih-nantikan-tuntutan-peruntukan-parlimen-muar Walaupun beliau sering tampil dengan imej pemimpin muda yang progresif, hakikatnya prestasi Syed Saddiq sebagai ahli Parlime...

Mahathir Tries To Rewrite History, Again

It is a moment thick with irony—Tun Dr Mahathir Mohamad, whose criticisms hastened the political demise of his successor, Tun Abdullah Ahmad Badawi, now standing solemnly at the National Mosque to pay his final respects. With words of tribute, Mahathir described Abdullah as a leader who secured "one of the most remarkable victories in history" during the 2004 general election and praised his peaceful exit. But let us not rewrite history to suit sentiment. Dr Mahathir, now approaching 100, was once Abdullah's most unrelenting critic. Mahathir's loud and persistent attacks from outside the government sowed dissent within UMNO and the public alike, setting in motion the events that would lead to Abdullah's resignation in 2009. At every turn, Mahathir questioned Abdullah's leadership, direction, and integrity—relentlessly hammering away at the legitimacy of his successor's tenure. And yet today, he praises the very qualities he once disparaged. Abdullah, known...

MUDA Gagal Beri Nilai Tambah

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS hanya memperoleh 1,106 undi. Angka berkenaan adalah sangat rendah berbanding calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Bakir dengan 11,065 undi dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek (6,059 undi). Justeru, kekalahan terbabit mencerminkan kegagalan kerjasama politik antara PSM dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Walaupun kedua-dua parti tersebut mempromosikan kerjasama terbabit sebagai 'usaha blok ketiga' namun keputusan PRK itu mengundang satu persoalan besar. Mengapa PSM bekerjasama dengan MUDA? SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/04/27/official-results-bns-mohamad-yusri-clinches-ayer-kuning-by-election-with-5006-vote-majority/174610 MUDA sejak awal penubuhannya membawa aspirasi politik baharu iaitu memperjuangkan suara anak muda, integriti dan perubahan. Namun naratif tersebut kian pudar, terutama sele...