Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2023

Gelombang Perubahan Menenggelamkan Mahathir

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad meluahkan rasa kecewanya selepas kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Langkawi. Dalam wawancara podsiar bersama 'Keluar Sekejap', Mahathir menyuarakan kesedihannya kerana sumbangannya dalam membangunkan Langkawi tidak dihargai oleh penduduk tempatan. Beliau menegaskan telah melakukan pelbagai inisiatif untuk penduduk Langkawi seperti menjadikan pulau tersebut sebagai pulau bebas cukai dan bantu membina rumah yang rosak selepas tsunami melanda. Mahathir turut mengaitkan kekalahannya dengan sikap rakyat yang lebih cenderung menerima bantuan dalam bentuk wang ringgit. Dakwanya, orang Melayu pada masa kini lebih mementingkan wang ringgit berbanding segala khidmat yang pernah diberikan oleh beliau kepada penduduk Langkawi. Kita tidak boleh menolak kemungkinan bahawa wujud faktor lain yang menyebabkan kekalahan Mahathir pada PRU15 selain dakwaan yang dilontarkan oleh beliau. Pertama, pengaruh politik dan im