Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengkritik kerajaan kerana mengenakan pengharaman terhadap platform media sosial yang melanggar arahan Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM). Dakwa Syed Saddiq, keputusan kerajaan itu dilihat sebagai satu cubaan untuk memperluaskan pemerintahan terhadap rakyat. Namun dakwaan tersebut menerima kecaman daripada rakyat yang mengatakan Syed Saddiq telah memutarbelitkan fakta sebenar. Kerajaan menerusi kenyataan media sebelum itu mengatakan satu kerangka kawal selia baharu akan diperkenalkan pada 1 Ogos dan mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2025. Jelas kerajaan, perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan pesanan Internet perlu mematuhi undang-undang Malaysia demi memerangi peningkatan kes jenayah siber termasuk penipuan dalam talian, buli siber dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Kenyataan itu tidak menyebut tentang bahan-bahan berunsur kritikan terhadap kerajaan bakal diharamkan seperti didakwa oleh Syed Saddiq. Langkah berkenaan me...