Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), arena politik tempatan disajikan dengan penubuhan dua parti baharu iaitu Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Kedua-dua parti berkenaan muncul sebagai entiti yang berbeza dari segi cita-cita dan pendekatan mereka. Pejuang dan MUDA bagaimanapun mempunyai persamaan iaitu kedua-dua parti berkenaan ditubuhkan selepas pengasas masing-masing iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad serta Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menarik diri daripada Bersatu pada 2020. Namun, selepas beberapa siri kegagalan dalam pilihan raya dan isu dalaman yang menghantui Pejuang serta MUDA, wujud satu persoalan bermain dalam minda orang ramai. Antara Pejuang dan MUDA, parti mana yang berkemungkinan bakal 'tenggelam' dahulu? Parti Pejuang ditubuhkan oleh Mahathir dengan visi untuk memperjuangkan kepentingan rakyat Malaysia yang dikatakan telah diketepikan oleh parti-parti arus perdana. Namun, sejak awal penubuhannya, parti ini berdepan p...