Skip to main content

Posts

Showing posts with the label pemilihan parti

MUDA Tidak Cukup 'Syarat' Jadi Kuasa Ketiga

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) pada tahun lalu memutuskan untuk mempercepatkan pemilihan parti berkenaan pada tahun ini susulan Presiden parti berkenaan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meletakkan jawatan. MUDA juga mengatakan akan memeterai kerjasama rasmi dengan Move Forward Party (MFP) Thailand yang memenangi banyak kerusi pada pilihan raya umum negara berkenaan tahun lalu. Namun, pemilihan parti masih belum dibuat setakat artikel ini ditulis dan tiada khabar tentang pemeteraian perjanjian bersama MFP. Persoalannya tertumpu sama ada MUDA benar-benar serius menjadi kuasa ketiga kerajaan atau hanya bercakap kosong. SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/11/1179318/muda-percepat-pemilihan-parti-tahun-depan-berbanding-2025 Memasuki 2024, MUDA terus dilanda kontroversi apabila ramai ahli serta barisan kepimpinannya meletakkan jawatan. Tidak lama selepas itu, MUDA berdepan kritikan apabila Syed Saddiq secara tiba-tiba mengumumkan beliau akan menyertai jelajah bers...