Skip to main content

Posts

Showing posts with the label projek IC

Mahathir Hanya Bantu Melayu 'Terpilih'

Sejak berpuluh tahun lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerap mendakwa beliau merupakan pejuang orang Melayu yang sejati. Melalui buku The Malay Dilemma, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dipergiatkan dan Wawasan 2020, beliau berulang kali menjanjikan pembangunan serta kemajuan untuk kaum Melayu. Namun, realitinya hingga kini menceritakan kisah yang amat berbeza. Anak-anak Mahathir terutamanya Mirzan, Mokhzani dan Mukhriz tergolong dalam kalangan manusia terkaya di Malaysia. Namun majoriti orang Melayu masih bergelut dengan kemiskinan, masalah jurang pendapatan dan terpinggir daripada aspek ekonomi. Mengapa Mahathir begitu 'berkesan' membantu anak-anaknya mengumpul kekayaan luar biasa namun gagal menaikkan golongan marhaen Melayu dengan cara yang sama? SUMBER: https://malaysiagazette.com/2023/06/29/nasib-melayu-gagal-semasa-tun-m-berkuasa/ Pada 2025, dua anak lelaki Mahathir, Tan Sri Mokhzani Mahathir dan Datuk Seri Mirzan Mahathir, telah mengisytiharkan aset mas...

Mahathir Punca Krisis Sabah

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini mendakwa tiada calon yang layak untuk memimpin Sabah ketika ini. Beliau mendakwa budaya politik yang didorong oleh personaliti ahli politik, parti dan suku kaum telah menjadi isu besar dalam pembentukan kerajaan negeri yang baik. Namun, kenyataan itu merupakan kata-kata yang sinis dan tidak bertanggungjawab daripada Mahathir. Kenyataan tersebut pula datang daripada seorang bekas Perdana Menteri yang pernah 'merosakkan' politik negeri itu suatu masa dulu. SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2018/01/01/sabahans-wont-forgive-dr-m-for-projek-ic-says-sabah-leader/1543601 Hakikatnya, ketika era pentadbiran Mahathir sebagai Perdana Menteri keempat, Sabah menjadi mangsa kepada permainan politiknya. Di bawah pentadbirannya, projek kontroversi yang dikenali sebagai 'Projek IC' atau 'Projek M' dilaksanakan, sekali gus menyebabkan perubahan besar dalam demografi, politik dan kestabilan sosial ...