Skip to main content

Posts

Showing posts with the label banjir

Dakwaan Syed Saddiq Tentang Muar Tidak Tepat

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terus mendakwa penduduk kawasan Parlimen itu tidak mendapat peruntukan sewajarnya daripada kerajaan. Beliau turut bertindak memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap kerajaan yang didakwa menghentikan serta menyekat lebih RM730,000 peruntukan kawasan Parlimen Muar sejak tahun lalu. Syed Saddiq juga mendakwa kawasannya itu belum menerima sebarang peruntukan meskipun sudah tiga kali berunding dengan kerajaan. Kerajaan bagaimanapun mengatakan Muar tetap menerima peruntukan dan banyak projek dijalankan di Muar. Adakah Syed Saddiq cuba mencari alasan untuk menutup kelemahannya di Muar yang kurang maju di bawah pemerintahannya? SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1223317/belum-terima-peruntukan-walaupun-3-kali-berunding-dengan-tpm Pada Mac lalu, kerajaan telah memaklumkan bahawa peruntukan kepada Muar telah disalurkan. Menurut laporan media tempatan, lebih RM300 juta telah disalurkan menerusi pelaksanaan puluhan...

Syed Saddiq Wajar Dalami Tanggungjawab Ahli Parlimen

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman jarang sekali dilihat membantu mangsa banjir di kawasan Parlimennya. Ribuan mangsa banjir melibatkan ribuan keluarga dilaporkan terjejas akibat banjir di Muar pada awal bulan Mac. Namun, Syed Saddiq dilihat kerap menghadiri pelbagai program atau majlis di luar kawasan Parlimennya ketika rakyat Muar memerlukan pelbagai bantuan daripada beliau. Syed Saddiq turut dilihat gemar menyuarakan pandangan tentang pelbagai isu semasa berbanding memberi fokus untuk turun padang melihat mereka yang terkesan akibat banjir. Sewajarnya pada tempoh seperti ini, Syed Saddiq turut sama membantu menjalankan kerja-kerja pembersihan pasca banjir bersama-sama pasukan sukarelawan dan sebagainya. Syed Saddiq perlu turun membantu rakyat yang terjejas dengan banjir di kawasan Parlimennya kerana beliau adalah wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat untuk mewakili kepentingan mereka. Kehadiran Syed Saddiq di kawasan banjir dapat memberikan sokongan moral dan motivasi...