Skip to main content

Posts

Showing posts with the label rasis

Mahathir Hanya Fikir Reputasinya

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mendakwa kenyataan dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Julai 2017 yang menuduhnya 'Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty' mungkin tidak memberi kesan sekiranya beliau adalah penjual kacang putih. Ujar Mahathir, kenyataan Ahmad Zahid itu mencalarkan reputasi dan namanya sebagai bekas Perdana Menteri serta pemimpin politik. Meskipun analogi 'penjual kacang putih tepi jalan' disebut dalam konteks untuk menggambarkan situasinya dalam isu tersebut, namun timbul persoalan tentang pandangan beliau terhadap rakyat biasa. Beliau seolah-olah memperlekehkan golongan penjual kacang putih tepi jalan menerusi kenyataannya itu. Ada pengkritik politik yang mengatakan kenyataan Mahathir itu menggambarkan peribadinya yang melihat rakyat biasa 'tidak memiliki perasaan' dan 'boleh dihina' pada bila-bila masa. SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1317329/jika-saya-penjual...