Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Perdana Menteri

Politik Lama Mahathir Bukan Pilihan

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak pernah menunjukkan tanda-tanda mahu mengundur diri daripada kancah politik tempatan meskipun usianya hampir menjangkau hampir satu abad. Selepas era kepimpinannya sebagai Perdana Menteri keempat dan ketujuh, Mahathir terus mencuba untuk mengekalkan pengaruh politik dengan menubuhkan parti baharu seperti Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dan kemudiannya Gerakan Tanah Air (GTA). Namun, kedua-dua entiti ini gagal meraih sebarang sokongan padu. Dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), PEJUANG dan GTA bukan sahaja kalah kesemua kerusi yang ditandingi, malah hilang deposit, termasuk di kawasan yang pernah dianggap kubu kuat Mahathir sendiri, iaitu Langkawi. Mengapa Mahathir semakin ditolak rakyat? Apakah beliau semakin terputus hubungan dengan realiti kehidupan rakyat biasa, khususnya generasi muda dan pengundi luar bandar? SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-politik/pru15-tun-m-tewas-hilang-deposit-di-langkawi-392568 Salah satu pun...

Perjuangan Melayu Mahathir Tidak Lagi Diterima

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini menubuhkan satu gerakan baharu yang dinamakan sebagai Sekretariat Orang Melayu. Gerakan itu ditubuhkan kononnya bagi menyatukan semua pihak yang memperjuangkan nasib orang Melayu di bawah satu payung besar. Mahathir mendakwa inisiatif itu merupakan satu langkah untuk mengembalikan kuasa politik dan cabaran yang dihadapi oleh orang Melayu. Namun, ini bukan kali pertama Mahathir mengambil pendekatan sebegini. Sepanjang karier politiknya, beliau telah beberapa kali menggunakan naratif 'ancaman terhadap orang Melayu' sebagai pemangkin untuk meraih sokongan orang ramai. SUMBER: https://www.utusan.com.my/nasional/2025/06/sekretariat-orang-melayu-bermotif-politik-jauh-tertinggal-ahmad/ Mahathir sering memainkan sentimen bahawa orang Melayu diancam, baik dari segi ekonomi, pendidikan dan kedudukan politik. Namun, retorik-retorik tersebut sebenarnya tidak dibuat dengan pelan tindakan jangka masa panjang. Malahan, ketika beli...

Wawasan 2020 Hanya Mimpi Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini membuka sendiri kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam pada 28 tahun lalu. Wawasan 2020 yang diperkenalkan pada 1991 merupakan satu kerangka besar bertujuan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi, bersatu padu dan berdaya saing menjelang 1 Januari 2020. Namun apabila tibanya tarikh berkenaan, Malaysia masih terperangkap dalam situasi pendapatan pertengahan, jurang sosiekonomi yang melebar dan daya saing serantau merosot. Mengapa visi yang dicanang selama hampir tiga dekad itu gagal? Dari sudut politik, kegagalan berkenaan berpunca daripada pelbagai faktor. Antara faktor paling kuat adalah gaya pemerintahan Mahathir yang memfokuskan kepada kuasa eksekutif atau dalam istilah lainnya adalah 'Mahathirisme'. Tindakan beliau telah menyuburkan budaya 'strong man politics' atau hanya seorang sahaja yang layak 'bersuara' tentang pemerintahan negara. Apabila Mahathir menjadi Perdana ...

Pejuang Tidak Belajar Dari Sejarah

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengatakan pertukaran Perdana Menteri boleh berlaku selain kaedah pilihan raya. Parti berkenaan turut menegaskan tidak salah untuk mengadakan pilihan raya mengejut atau melakukan penukaran kerajaan kerana dibenarkan dari segi Perlembagaan. Parti itu juga mendedahkan sedang mempersiapkan jentera mereka bagi menghadapi kemungkinan pilihan raya mengejut pada hujung tahun ini. Namun apakah kesannya sekiranya berlaku pertukaran Perdana Menteri tanpa pilihan raya? Apakah juga kesannya kepada kestabilan negara khususnya dalam tempoh yang semakin mencabar ini? SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/708867/berita/nasional/naratif-tukar-kerajaan-beri-impak-tidak-baik-pada-negara Jika diteliti sejarah politik Malaysia dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pertukaran Perdana Menteri tanpa melalui pilihan raya bukan sahaja telah mencetuskan ketidakstabilan politik tetapi juga menggugat keyakinan rakyat serta pelabur. Sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14)...

Mahathir 'Beban' Kemajuan Negara

Tun Dr. Mahathir Mohamad telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri sebanyak dua kali, pertama dari tahun 1981 hingga 2003 dan kali kedua dari 2018 hingga 2020. Meskipun sebelum ini, beliau memainkan peranan penting dalam membentuk landskap politik dan ekonomi Malaysia pada era pemerintahan kali pertamanya, namun penglibatan Mahathir dalam politik selepas meletakkan jawatan mencetuskan banyak kontroversi serta kritikan. Banyak pihak berpendapat bahawa Mahathir, setelah mengundurkan diri sebanyak dua kali sebagai Perdana Menteri , sepatutnya berundur daripada arena politik dan memberi ruang kepada generasi baharu untuk memimpin negara. Sebaliknya, beliau memilih untuk terus campur tangan dalam hal ehwal negara dan tindakan Mahathir telah membawa lebih banyak impak negatif daripada positif. Salah satu kesan utama campur tangan Mahathir dalam politik selepas beliau meletakkan jawatan adalah menggugat kepimpinan baharu yang sedang berusaha untuk membawa perubahan. Setelah beliau meletakkan j...

Status Negarawan Mahathir Berisiko Hilang

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan telah menerima sapina bagi menghadirkan diri bagi memberi keterangan dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan. Mahathir dikritik teruk oleh kebanyakan pihak kerana membuat keputusan mengejut menarik balik permohonan semakan kehakiman tuntutan Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2018. Beliau sehingga kini gagal memberi penjelasan tentang punca sebenar membuat keputusan itu tanpa mengadakan sebarang perbincangan dengan Kabinet selain turut merehatkan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali ketika itu. Tindakan Mahathir itu telah memberi impak kepada kedaulatan negara serta sektor ekonomi Malaysia secara langsung, khususnya dalam bidang perikanan. Status Mahathir sebagai negarawan yang pernah dijulang suatu masa dahulu turut menerima impak negatif akibat kegagalan beliau mempertahankan Pulau Batu Puteh. Link: https://www.astroa...

Gelombang Perubahan Menenggelamkan Mahathir

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad meluahkan rasa kecewanya selepas kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Langkawi. Dalam wawancara podsiar bersama 'Keluar Sekejap', Mahathir menyuarakan kesedihannya kerana sumbangannya dalam membangunkan Langkawi tidak dihargai oleh penduduk tempatan. Beliau menegaskan telah melakukan pelbagai inisiatif untuk penduduk Langkawi seperti menjadikan pulau tersebut sebagai pulau bebas cukai dan bantu membina rumah yang rosak selepas tsunami melanda. Mahathir turut mengaitkan kekalahannya dengan sikap rakyat yang lebih cenderung menerima bantuan dalam bentuk wang ringgit. Dakwanya, orang Melayu pada masa kini lebih mementingkan wang ringgit berbanding segala khidmat yang pernah diberikan oleh beliau kepada penduduk Langkawi. Kita tidak boleh menolak kemungkinan bahawa wujud faktor lain yang menyebabkan kekalahan Mahathir pada PRU15 selain dakwaan yang dilontarkan oleh beliau. Pertama, pengaruh politik dan im...

Mahathir: Antara Pragmatisme dan Prinsip

Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan individu tunggal yang menjadi Perdana Menteri negara ini sebanyak dua kali. Sepanjang kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri, Malaysia telah menyaksikan banyak perubahan dalam soal hubungan diplomatik dengan negara lain. Namun Mahathir kerap kali menggunakan kaedah yang berlainan daripada diplomasi konvensional sehingga mengundang kritikan terhadap diri beliau. Pemerhati politik mendakwa pendekatan diplomasi Mahathir lebih ke arah politik berbanding memperjuangkan prinsip. Dalam aspek dasar luar negara, prinsip dan nilai harus menjadi panduan. Negara perlu berdiri teguh kepada prinsip seperti keadilan, kedaulatan dan kebebasan. Mahathir bagaimanapun dalam beberapa keadaan, lebih cenderung ke arah pragmatisme berbanding berdiri teguh kepada prinsip. Sebagai contoh, Mahathir kerap kali mengkritik cara negara-negara lain mengendalikan pelbagai isu. Antaranya, Mahathir pernah mengkritik dasar luar Amerika Syarikat (AS) dan sokongan Britain terhadap AS ...

Mahathir 'Pemanipulasi Undang-Undang'

Institusi kehakiman merupakan salah satu tunjang penting dalam sistem demokrasi serta pemerintahan Malaysia. Ketelusan dan pengawasan yang rapi dalam sistem operasi badan kehakiman adalah penting bagi memastikan pelaksanaan undang-undang dapat dilakukan dengan adil serta saksama. Namun, wujud perdebatan melibatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan badan kehakiman di negara ini. Malah, isu ini bukan sahaja baru diperdebatkan tetapi sejak berdekad lamanya. Perdebatan berkenaan membabitkan isu campur tangan atau manipulasi Mahathir dalam sistem kehakiman negara. Mahathir didakwa mencampuri banyak urusan badan kehakiman semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Beliau didakwa sering kali menggunakan kuasa politiknya untuk mempengaruhi keputusan dan tindakan badan kehakiman termasuklah melibatkan keputusan mahkamah terhadap musuh politik Mahathir. Sebagai contoh, wujud dakwaan sebelum ini bahawa Mahathir merupakan individu bertanggungjawab melantik hakim yang mengetuai kes per...

Kesan Domino Kronisme Mahathir

Baru-baru ini, tular tangkap layar sepucuk surat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) bertarikh 7 Oktober 2003 kepada sebuah syarikat yang terlibat dalam pembuatan dan penjualan kabel gentian optik serta produk berkaitan kabel di negara ini, Opcom Holdings Berhad. Mengapa surat itu tular? Surat itu merupakan tender kerajaan untuk membekalkan fiber optik bernilai RM214.2 juta dan kontrak tersebut diberikan secara rundingan terus. Tambahan pula, syarikat terbabit merupakan firma yang diasaskan oleh Datuk Seri Muhkriz Mahathir dan dimiliki bersama Datuk Mokhzani Mahathir. Ironinya, kontrak itu diberikan kepada Opcom Holdings Berhad ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 2003. Maka, wujud dakwaan bahawa Opcom Holdings Berhad menerima kontrak berkenaan kerana amalan nepotisme atau kronisme yang dikatakan sinonim dengan pentadbiran Mahathir. Sumber: https://www.thecorporatesecret.com/blog/2023/06/19/projek-opcom-rm214-2-juta-azam-baki-dah...