Skip to main content

Mahathir 'Pemanipulasi Undang-Undang'


Institusi kehakiman merupakan salah satu tunjang penting dalam sistem demokrasi serta pemerintahan Malaysia.

Ketelusan dan pengawasan yang rapi dalam sistem operasi badan kehakiman adalah penting bagi memastikan pelaksanaan undang-undang dapat dilakukan dengan adil serta saksama.

Namun, wujud perdebatan melibatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan badan kehakiman di negara ini.

Malah, isu ini bukan sahaja baru diperdebatkan tetapi sejak berdekad lamanya.

Perdebatan berkenaan membabitkan isu campur tangan atau manipulasi Mahathir dalam sistem kehakiman negara.

Mahathir didakwa mencampuri banyak urusan badan kehakiman semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Beliau didakwa sering kali menggunakan kuasa politiknya untuk mempengaruhi keputusan dan tindakan badan kehakiman termasuklah melibatkan keputusan mahkamah terhadap musuh politik Mahathir.

Sebagai contoh, wujud dakwaan sebelum ini bahawa Mahathir merupakan individu bertanggungjawab melantik hakim yang mengetuai kes perbicaraan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bukan sahaja Najib, malahan figura seperti Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut didakwa menjadi mangsa manipulasi undang-undang oleh Mahathir sebelum ini.

Tindakan Mahathir menurut pemerhati politik telah menjejaskan kebebasan badan kehakiman serta mengancam prinsip pemerintahan yang adil dan bebas daripada campur tangan politik.

Sumber: https://suara.tv/03/02/2021/thommy-thomas-dedah-mahathir-lantik-ketua-hakim-tidak-ikut-prosedur/


Antara peristiwa yang menjadi titik tolak kepada dakwaan bahawa Mahathir mencampuri urusan badan kehakiman adalah sewaktu beliau menyingkirkan hakim Tun Salleh Abbas pada 1988.

Pertikaian atau konflik dalaman dalam UMNO ketika itu menyebabkan kuasa Mahathir tergugat dan penggantungan dua wartawan Wall Street Journal mencetuskan permusuhan antara beliau serta badan kehakiman.

Keputusan mahkamah untuk kedua-dua kes yang tidak menyebelahi Mahathir menjadi salah satu sebab beliau melakukan pindaan ke atas Perlembagaan Malaysia yang dikenali sebagai Akta Pindaan Perlembagaan 1988.

Tindakan Mahathir yang memburukkan badan kehakiman telah mencetuskan kemarahan golongan hakim di negara ketika itu.

Tun Salleh Abbas merupakan salah seorang hakim yang terbabit menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong meminta agar Mahathir menghentikan 'sandiwara' tersebut.

Namun surat berkenaan dijadikan alat buat Mahathir untuk melaksanakan rombakan terhadap sistem kehakiman negara secara besar-besaran.

Tun Salleh Abbas akhirnya diganti atas alasan faktor kesihatan oleh Mahathir.

Selain badan kehakiman, wujud dakwaan Mahathir sering kali menyekat kebebasan bersuara dan penyebaran maklumat dalam kalangan media.

Tindakan undang-undang terhadap golongan media disifatkan sebagai strategi untuk mengawal penyebaran maklumat dan menghalang kritikan terhadap pentadbiran kerajaannya.

Antara langkah dilaksanakan oleh Mahathir adalah menggunakan pelbagai akta seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Sewaktu mahu menjadi Perdana Menteri ketujuh, Mahathir melontarkan pelbagai janji termasuklah memansuhkan akta menyekat kebebasan bersuara demi meraih sokongan orang ramai.

Namun, tindakan sedemikian mencetuskan kecaman terhadap Mahathir dan pemahaman beliau berhubung prinsip kebebasan bersuara serta hak asasi manusia.

Tuntasnya, dakwaan Mahathir memanipulasi undang-undang berkemungkinan untuk mencapai matlamat politiknya.

Mahathir memiliki pengaruh yang besar serta telah 'duduk' lama dalam dunia politik negara.

Timbul kemungkinan Mahathir masih memiliki pengaruh dalam badan kehakiman ketika ini.

Namun sejauh mana impaknya kepada kes-kes berprofil tinggi di negara ini masih samar-samar memandangkan Mahathir tidak memiliki kuasa lagi.

Pokok pangkalnya, besar implikasi kepada sistem kehakiman dan demokrasi di Malaysia apabila seseorang ahli politik mencampuri urusan badan kehakiman.

Atas dasar itu, amat penting untuk memperkukuh sistem kehakiman agar bebas daripada campur tangan politik bagi mengekalkan integriti dan keadilan undang-undang.

Comments

Popular posts from this blog

MUDA Gagal Beri Nilai Tambah

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS hanya memperoleh 1,106 undi. Angka berkenaan adalah sangat rendah berbanding calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Bakir dengan 11,065 undi dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek (6,059 undi). Justeru, kekalahan terbabit mencerminkan kegagalan kerjasama politik antara PSM dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Walaupun kedua-dua parti tersebut mempromosikan kerjasama terbabit sebagai 'usaha blok ketiga' namun keputusan PRK itu mengundang satu persoalan besar. Mengapa PSM bekerjasama dengan MUDA? SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/04/27/official-results-bns-mohamad-yusri-clinches-ayer-kuning-by-election-with-5006-vote-majority/174610 MUDA sejak awal penubuhannya membawa aspirasi politik baharu iaitu memperjuangkan suara anak muda, integriti dan perubahan. Namun naratif tersebut kian pudar, terutama sele...

Syed Saddiq 'Kecewakan' Pengundi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah 'dijulang' sebagai muka baharu dalam arena politik tempatan kerana kerap memperjuangkan isu berkaitan golongan muda pada awal pembabitannya. Beliau sering tampil dengan imej progresif, lantang bersuara dan dianggap sebagai pembawa suara generasi muda untuk masa hadapan. Namun, perjalanan politiknya tidak seindah yang diharapkan oleh kebanyakan pihak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Saddiq menunjukkan kegagalan besar dalam soal integriti dan menjadi teladan kepada imej politik anak muda. Pelbagai isu atau kontroversi membelenggu perjalanan politiknya sehingga imejnya terjejas teruk.  Kontroversi paling besar yang menyelubungi karier politik Syed Saddiq adalah pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebat...

Keikhlasan Penyatuan Melayu Mahathir Diragui

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa kemelut dalam Bersatu tidak akan mengganggu perjuangannya dalam menyatukan orang Melayu. Mahathir mengatakan sebarang pertikaian dalam parti merupakan isu dalaman dan tidak wajar dianggap sebagai bibit perpecahan dalam perjuangan utama untuk memartabatkan bangsa Melayu. Namun, agenda perpaduan Melayu yang bagaimana mahu diperjuangkan oleh Mahathir? Paling penting, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas atau sekadar modal politik lama yang terus dimainkan demi mengekalkan pengaruhnya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/06/dr-m-tak-jujur-sebut-orang-melayu-berpecah-lepas-berundur-kata-bekas-timbalan-menteri Dalam konteks politik semasa, naratif perpaduan Melayu yang sering dimainkan Mahathir kelihatan semakin kehilangan kredibilitinya. Situasi itu didorong oleh realiti bahawa Mahathir merupakan faktor utama kepada perpecahan politik Melayu sejak lebih kurang empat dekad lalu. Mahathir serin...