Skip to main content

Posts

Showing posts with the label pecah amanah

Tahun Penentu Masa Depan Politik Syed Saddiq

Tahun 2025 bakal menjadi tempoh penting dalam perjalanan politik ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta nasib parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Sejak menyertai politik, Syed Saddiq kerap menjadi perhatian sama ada berkaitan kontroversi atau retoriknya yang mengundang reaksi daripada rakyat. Selepas dijatuhi hukuman penjara akibat skandal jenayah kewangan pada 2023, imej Syed Saddiq di mata rakyat terus berubah. Namun adakah masa depan Syed Saddiq akan menjadi cerah semula atau tahun 2025 bakal menyaksikan kejatuhan beliau? Isu mahkamah yang melibatkan Syed Saddiq merupakan bebanan besar dalam kerjaya politiknya. Pada 2023, beliau didapati bersalah dalam kes pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana parti Angkatan Muda Bersatu (Armada). Walaupun hukuman itu dianggap melampau oleh beliau, fakta bahawa mahkamah menemui bukti yang cukup untuk mensabitkan kesalahannya memberikan tamparan hebat kepada kredibilitinya. Keputusan mahkamah berkenaan te...

Kes Syed Saddiq Sebagai Contoh Pengajaran

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini mendakwa hukuman tujuh tahun penjara dan dua sebatan dikenakan terhadapnya adalah melampau. Syed Saddiq mendakwa Hakim bicara, Datuk Azhar Abdul Hamid terkhilaf dari segi undang-undang apabila mensabitkannya atas empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada). Beliau mendakwa hukuman terbabit tidak mengikut prinsip-prinsip hukuman yang boleh diterima. Melihat kepada pelbagai alasan yang diberikan oleh Syed Saddiq, seolah-olah beliau mempertikaikan 'kerja' badan undang-undang dalam mensabitkan kesalahan kepada pesalah. SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/syed-saddiq-dipenjara-7-tahun-sebatan-denda-rm10-juta-445336 Dakwaan bahawa hukuman terhadapnya adalah 'melampau' bukan sahaja memperlihatkan kelemahan Syed Saddiq dalam menerima tanggungjawab, tetapi juga menimbulkan keraguan terhadap komitmennya kepada prinsip keadilan...

MUDA Tampak 'Hilang Arah'

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) baru-baru ini menerima 'tamparan hebat' apabila dilaporkan ramai ahlinya meletakkan jawatan atau keluar dari parti berkenaan. Hampir 10 ahli MUDA meletakkan jawatan dalam tempoh sebulan atas sebab peribadi dan didakwa kurang berpuas hati dengan hala tuju parti terbabit sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Antara yang meletakkan jawatan adalah Bendahari MUDA Parlimen Kapar, Vipraharan Balan; Ketua Parlimen Pandan, Abang Aliefiesyahreen dan Timbalan Pengerusi MUDA Kedah, Amer Abdullah. Namun, Setiausaha Agung parti berkenaan, Amir Hariri Abd Hadi mengatakan pihaknya tidak mengetahui punca peletakan jawatan mereka. Jawapan Amir Hariri seolah-olah menyembunyikan krisis dalaman yang menyelubungi parti berkenaan. Situasi itu hanya akan menjejaskan kredibiliti parti MUDA yang kian tercalar selepas bekas Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dijatuhkan hukuman penjara akibat penyalahgunaan wang. Susulan keputusan mahkamah itu, Syed Saddiq...

Kes Mahkamah Syed Saddiq Jadi Penanda Aras

Arena politik Malaysia telah melahirkan banyak pemimpin muda yang bersemangat dengan membawa aspirasi serta impian bagi mengubah landskap pemerintahan negara. Salah seorangnya adalah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Namun, kes mahkamah yang dihadapi oleh beliau ketika ini memberikan satu persoalan besar. Adakah kes berkenaan merupakan penanda aras baharu yang 'menanti' ahli politik muda lain di negara ini? Mengapa kes mahkamah membabitkan Syed Saddiq akan memberi impak besar kepada pemimpin politik muda lain di Malaysia? Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/09/1155390/nasib-syed-saddiq-diketahui-9-november-ini Kes yang melibatkan Syed Saddiq bukan hanya satu isu biasa kerana membabitkan tuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram. Fakta bahawa kesemua tuduhan ini berlaku ke atas seorang pemimpin muda yang pernah memegang portfolio sebagai menteri, mencetuskan kritikan dalam kalangan orang ramai. Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddi...