Skip to main content

MUDA Tampak 'Hilang Arah'


Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) baru-baru ini menerima 'tamparan hebat' apabila dilaporkan ramai ahlinya meletakkan jawatan atau keluar dari parti berkenaan.

Hampir 10 ahli MUDA meletakkan jawatan dalam tempoh sebulan atas sebab peribadi dan didakwa kurang berpuas hati dengan hala tuju parti terbabit sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Antara yang meletakkan jawatan adalah Bendahari MUDA Parlimen Kapar, Vipraharan Balan; Ketua Parlimen Pandan, Abang Aliefiesyahreen dan Timbalan Pengerusi MUDA Kedah, Amer Abdullah.

Namun, Setiausaha Agung parti berkenaan, Amir Hariri Abd Hadi mengatakan pihaknya tidak mengetahui punca peletakan jawatan mereka.

Jawapan Amir Hariri seolah-olah menyembunyikan krisis dalaman yang menyelubungi parti berkenaan.


Situasi itu hanya akan menjejaskan kredibiliti parti MUDA yang kian tercalar selepas bekas Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dijatuhkan hukuman penjara akibat penyalahgunaan wang.

Susulan keputusan mahkamah itu, Syed Saddiq meletakkan jawatan serta-merta namun imej MUDA tetap tercalar sehingga kini.

Syed Saddiq sebelum ini merupakan individu yang paling berpengaruh dalam MUDA dan beliau membawa imej parti berkenaan sehingga ke tahap sekarang.

Namun, pemergiannya daripada parti berkenaan meninggalkan ruang kosong yang sukar diganti oleh pelapisnya.

Justeru, tidak mustahil sekiranya ramai ahli MUDA meletakkan jawatan kerana sudah tidak yakin dengan hala tuju parti tersebut.


Sukar untuk menidakkan faktor krisis dalaman memainkan peranan penting dalam peletakan jawatan 10 ahli MUDA dalam tempoh sebulan.

Peletakan jawatan secara beramai-ramai terutamanya membabitkan individu yang memegang jawatan dalam parti, hanya akan melemahkan MUDA.

Situasi itu juga mencerminkan bahawa pemimpin sedia ada dalam MUDA tidak efektif dalam menangani perbezaan pendapat dan konflik.

Selepas Syed Saddiq meletakkan jawatan, pemilihan parti tidak dibuat secara segera, sehingga menyebabkan struktur organisasi parti sedikit goyah.

Walaupun MUDA mendakwa peletakan jawatan ahli adalah perkara biasa namun keadaan berkenaan tidak normal apabila melibatkan pengunduran sejumlah ahli yang ramai dalam tempoh singkat.


Persoalan utama yang timbul adalah sama ada pemimpin yang menggantikan Syed Saddiq mampu membawa MUDA ke peringkat lebih tinggi.

Syed Saddiq memiliki pengaruh besar dalam politik serta dikenali ramai oleh rakyat.

Berdasarkan penelitian, tiada ahli MUDA yang benar-benar memberikan pengaruh signifikan seperti ditonjolkan oleh Syed Saddiq.

Pemangku Presiden, Amira Aisya Abd Aziz juga tidak mempunyai elemen kepimpinan serta pengaruh besar seperti dibawa Syed Saddiq dan kemampuannya dalam membawa parti itu melangkah lebih jauh masih belum terbukti.

Maka, bagaimana pemimpin baharu akan menyatukan kembali ahli MUDA dan bersama-sama menongkah arus politik selepas ini? Hanya masa akan menentukan.

Selain itu, pemimpin baharu MUDA juga mempunyai tanggungjawab besar untuk memastikan parti itu kekal relevan serta lebih dekat di hati rakyat.


Hala tuju MUDA sehingga ke hari ini juga tidak jelas. MUDA gemar mengambil pendekatan populis dan berat sebelah dalam memperjuangkan isu negara.

MUDA seolah-olah tidak mahu berubah dan masih terus terperangkap dalam 'mimpi' mereka.

MUDA sepatutnya sudah membuat 'post-mortem' bagi merangka semula strategi mereka berkaitan hala tuju parti.

Rekod MUDA turut tidak memberangsangkan setiap kali bertanding dalam pilihan raya. Calon yang dipilih juga tidak menepati 'citarasa' pengundi negara ini.

Justeru, kemampuan MUDA untuk menyesuaikan diri dengan dinamik politik yang kompetitif dan memenuhi aspirasi rakyat wajar dipersoalkan.

MUDA hanya mempunyai satu pilihan sahaja iaitu mengutamakan kepentingan rakyat daripada agenda politik sempit dan memberi fokus kepada pembangunan polisi yang pragmatik dan berkesan.

Hanya dengan cara ini, MUDA mungkin dapat memulihkan kepercayaan rakyat serta membuktikan diri mereka sebagai parti politik yang relevan dan efektif.

Comments

Popular posts from this blog

MUDA Gagal Beri Nilai Tambah

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS hanya memperoleh 1,106 undi. Angka berkenaan adalah sangat rendah berbanding calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Bakir dengan 11,065 undi dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek (6,059 undi). Justeru, kekalahan terbabit mencerminkan kegagalan kerjasama politik antara PSM dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Walaupun kedua-dua parti tersebut mempromosikan kerjasama terbabit sebagai 'usaha blok ketiga' namun keputusan PRK itu mengundang satu persoalan besar. Mengapa PSM bekerjasama dengan MUDA? SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/04/27/official-results-bns-mohamad-yusri-clinches-ayer-kuning-by-election-with-5006-vote-majority/174610 MUDA sejak awal penubuhannya membawa aspirasi politik baharu iaitu memperjuangkan suara anak muda, integriti dan perubahan. Namun naratif tersebut kian pudar, terutama sele...

Syed Saddiq 'Kecewakan' Pengundi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah 'dijulang' sebagai muka baharu dalam arena politik tempatan kerana kerap memperjuangkan isu berkaitan golongan muda pada awal pembabitannya. Beliau sering tampil dengan imej progresif, lantang bersuara dan dianggap sebagai pembawa suara generasi muda untuk masa hadapan. Namun, perjalanan politiknya tidak seindah yang diharapkan oleh kebanyakan pihak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Saddiq menunjukkan kegagalan besar dalam soal integriti dan menjadi teladan kepada imej politik anak muda. Pelbagai isu atau kontroversi membelenggu perjalanan politiknya sehingga imejnya terjejas teruk.  Kontroversi paling besar yang menyelubungi karier politik Syed Saddiq adalah pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebat...

Keikhlasan Penyatuan Melayu Mahathir Diragui

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa kemelut dalam Bersatu tidak akan mengganggu perjuangannya dalam menyatukan orang Melayu. Mahathir mengatakan sebarang pertikaian dalam parti merupakan isu dalaman dan tidak wajar dianggap sebagai bibit perpecahan dalam perjuangan utama untuk memartabatkan bangsa Melayu. Namun, agenda perpaduan Melayu yang bagaimana mahu diperjuangkan oleh Mahathir? Paling penting, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas atau sekadar modal politik lama yang terus dimainkan demi mengekalkan pengaruhnya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/06/dr-m-tak-jujur-sebut-orang-melayu-berpecah-lepas-berundur-kata-bekas-timbalan-menteri Dalam konteks politik semasa, naratif perpaduan Melayu yang sering dimainkan Mahathir kelihatan semakin kehilangan kredibilitinya. Situasi itu didorong oleh realiti bahawa Mahathir merupakan faktor utama kepada perpecahan politik Melayu sejak lebih kurang empat dekad lalu. Mahathir serin...