Skip to main content

Posts

Showing posts with the label keadilan sosial

MUDA Cari 'Payung' Politik Besar?

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) baru-baru ini hadir dalam satu pertemuan yang diadakan oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kehadiran MUDA dalam pertemuan itu menimbulkan persoalan besar tentang hala tuju politik parti tersebut yang selama ini dikenali sebagai suara alternatif anak muda, progresif dan lantang memperjuangkan agenda pembaharuan. Apakah langkah tersebut satu strategi politik yang realistik buat MUDA? Atau sebenarnya MUDA kini sedang hanyut dan hilang arah dalam landskap politik yang makin sengit sehinggakan terpaksa bergantung kepada parti-parti besar? SUMBER: https://www.nst.com.my/news/politics/2025/07/1247001/muhyiddin-meets-opposition-leaders-calls-united-front MUDA selama ini cuba memperjuangkan politik baharu dan menolak politik perkauman serta budaya 'patronage'. Namun, apabila wakil parti tersebut iaitu, Amira Aisya hadir dalam mesyuarat berkenaan, timbul persoalan tentang hala tuju seterusnya buat MUDA. PN merupakan s...