Skip to main content

Posts

Showing posts with the label PRK

MUDA Gagal Beri Nilai Tambah

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS hanya memperoleh 1,106 undi. Angka berkenaan adalah sangat rendah berbanding calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Bakir dengan 11,065 undi dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek (6,059 undi). Justeru, kekalahan terbabit mencerminkan kegagalan kerjasama politik antara PSM dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Walaupun kedua-dua parti tersebut mempromosikan kerjasama terbabit sebagai 'usaha blok ketiga' namun keputusan PRK itu mengundang satu persoalan besar. Mengapa PSM bekerjasama dengan MUDA? SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/04/27/official-results-bns-mohamad-yusri-clinches-ayer-kuning-by-election-with-5006-vote-majority/174610 MUDA sejak awal penubuhannya membawa aspirasi politik baharu iaitu memperjuangkan suara anak muda, integriti dan perubahan. Namun naratif tersebut kian pudar, terutama sele...

Realiti Di Sebalik Alasan Pejuang

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) baru-baru ini mengumumkan tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota. Pejuang bagaimanapun mengatakan akan memberi sokongan kepada calon Perikatan Nasional (PN) pada PRK berkenaan. Menurut Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir, kehadiran parti tersebut pada PRK tersebut adalah bagi menunjukkan mereka masih aktif meskipun tewas teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum ini. Tambahnya, Pejuang juga dalam usaha membina kekuatan dalaman parti sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan kelak. Namun, adakah kenyataan berkenaan benar-benar sahih atau hanya alasan untuk menutup kegagalan mereka dalam arena politik tanah air? https://www.astroawani.com/berita-politik/prk-dun-mahkota-pejuang-tak-letak-calon-mukhriz-mahathir-487717 Sejak penubuhannya, Pejuang dilihat gagal untuk menonjolkan diri sebagai parti yang relevan dan signifikan dalam semua pilihan raya disertainya. Setiap kali parti berkenaan menyertai pilihan r...

Keputusan MUDA Tarik Diri Dipersoal

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) tidak akan menghantar calonnya bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap pada Julai. Menurut Ketua Penerangan MUDA Pulau Pinang Muhammad Danial Abdul Majeed, parti berkenaan mengambil keputusan tersebut berikutan tenaga kerja selain keahlian MUDA Pulau Pinang hanya kira-kira 9,000 orang. Tambahnya, keputusan itu terpaksa diambil atas beberapa faktor lain juga seperti isu kepimpinan dan sebagainya. MUDA bagaimanapun akan berkempen untuk memberi penerangan kepada pengundi bagi membolehkan rakyat membuat keputusan lebih jelas. Namun, wujud tanda tanya sama ada faktor-faktor yang disebutkan merupakan punca sebenar penarikan diri MUDA daripada PRK Sungai Bakap. SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-politik/muda-urimai-tidak-bertanding-prk-sungai-bakap-475562 Sejak penubuhan MUDA pada 2020, parti tersebut telah menghadapi pelbagai cabaran. Walaupun pada awalnya parti ini menerima sambutan yang hangat daripada golongan muda yang dahagak...