Skip to main content

Realiti Di Sebalik Alasan Pejuang


Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) baru-baru ini mengumumkan tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota.

Pejuang bagaimanapun mengatakan akan memberi sokongan kepada calon Perikatan Nasional (PN) pada PRK berkenaan.

Menurut Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir, kehadiran parti tersebut pada PRK tersebut adalah bagi menunjukkan mereka masih aktif meskipun tewas teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum ini.

Tambahnya, Pejuang juga dalam usaha membina kekuatan dalaman parti sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan kelak.

Namun, adakah kenyataan berkenaan benar-benar sahih atau hanya alasan untuk menutup kegagalan mereka dalam arena politik tanah air?

https://www.astroawani.com/berita-politik/prk-dun-mahkota-pejuang-tak-letak-calon-mukhriz-mahathir-487717


Sejak penubuhannya, Pejuang dilihat gagal untuk menonjolkan diri sebagai parti yang relevan dan signifikan dalam semua pilihan raya disertainya.

Setiap kali parti berkenaan menyertai pilihan raya, keputusan yang diperoleh adalah mengecewakan, bahkan memalukan bagi parti yang diasaskan oleh seorang figura yang pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia sebanyak dua kali.

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) adalah contoh paling ketara, apabila PEJUANG gagal memenangi sebarang kerusi, meskipun bertanding di beberapa kawasan yang dianggap 'selamat' bagi mereka.

Bukan sahaja di peringkat pilihan raya umum, malah dalam PRK dan PRN, Pejuang gagal menunjukkan sebarang peningkatan daripada segi sokongan pengundi.

Pejuang dilihat tidak mampu mencipta momentum yang diperlukan untuk menyaingi parti-parti besar lain seperti Pakatan Harapan (PH) dan PN.

https://suara.tv/12/03/2022/tidak-rasmi-pejuang-tewas-semua-42-kerusi-catat-rekod-parti-paling-banyak-hilang-deposit/


Mengambil keputusan untuk tidak bertanding di PRK DUN Mahkota dengan alasan 'membina kekuatan dalaman' dilihat sebagai satu strategi untuk mengelak daripada menerima hakikat sebenar.

Pejuang sebenarnya tidak mempunyai daya tarikan yang cukup untuk bersaing dengan parti-parti lain.

Parti tersebut gagal menawarkan nilai tambah yang jelas dan hanya bergantung kepada populariti pengasas mereka, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mahathir bagaimanapun semakin kurang popular dalam kalangan pengundi muda.

Lebih membimbangkan, Pejuang tidak mempunyai agenda yang jelas dan komprehensif dalam menangani isu-isu kritikal yang melibatkan rakyat seperti kos sara hidup, peluang pekerjaan serta reformasi institusi.

Pengundi, terutamanya golongan muda yang lebih peka terhadap isu-isu semasa, tidak lagi tertarik dengan retorik dan janji-janji kosong.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/11/906246/pejuang-akur-keputusan-rakyat-dalam-pru-15


Sekiranya kekuatan dalaman yang disebutkan oleh mereka hanya merujuk kepada penyusunan semula parti tanpa perubahan yang nyata dalam dasar dan agenda politik, Pejuang mungkin perlu mempertimbangkan untuk dibubarkan.

Pengundi kini lebih tertarik kepada parti yang mempunyai agenda yang jelas dan bersifat inklusif serta melibatkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.

Sebaliknya Pejuang masih dilihat sebagai parti politik yang gagal untuk mendekati rakyat biasa.

Parti seperti Pejuang yang gagal mampu menyesuaikan diri dengan kehendak pengundi dan perubahan dalam politik moden tidak akan bertahan lama.

Pejuang perlu menerima realiti bahawa pengundi tidak lagi akan memberi sokongan semata-mata kerana nostalgia atau pengaruh individu tertentu.

https://www.sinarharian.com.my/article/269555/berita/politik/pejuang-tidak-bertanding-dalam-prn-di-6-negeri


Keputusan Pejuang untuk tidak bertanding dalam PRK DUN Mahkota lebih bersifat alasan untuk menutup kelemahan mereka dalam persediaan menghadapi pilihan raya.

Naratif 'membina kekuatan dalaman' dilihat sebagai satu cara untuk mengelak daripada

mengakui kegagalan mereka dalam setiap pilihan raya yang disertainya.

Sekiranya Pejuang gagal mampu memperbaiki kelemahan asas yang wujud dalam parti mereka, maka kemungkinan besar mereka tidak akan memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya akan datang.

Masa depan Pejuang dalam politik Malaysia kelihatan suram dan mungkin sudah tiba masanya untuk mereka mempertimbangkan langkah yang lebih drastik, termasuk pembubaran parti.

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Dakwa Melayu Seolah-olah Ditindas

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mengeluarkan kenyataan berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB). Secara ringkasnya, RUU yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada Julai bertujuan untuk meremajakan kawasan bandar di seluruh negara terutamanya perbandaran yang semakin sesak. Namun, Mahathir menerusi laman media sosialnya rasmi sama sekali tidak bersetuju dengan RUU berkenaan. Mahathir mengatakan pembaharuan bandar akan menyebabkan penduduk kawasan-kawasan seperti di Kuala Lumpur akan diarahkan keluar dan kebanyakan mereka adalah komuniti Melayu. Beliau juga mendakwa bandar akan menjadi tempat orang bukan Melayu dan pemisahan antara masyarakat Melayu serta bukan Melayu bakal menjadi lebih luas. Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/02/1364118/ruu-pembaharuan-semula-bandar-boleh-remajakan-bandar-yang-sesak Mahathir sering menggunakan naratif bahawa beliau adalah pelindung atau wira kepentingan orang Melayu. Namun, s...

Kes Mahkamah Syed Saddiq, Peluang Baharu Muar?

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkemungkinan memiliki tempoh singkat memegang jawatan berkenaan. Kes penyelewengan dana parti melibatkan Syed Saddiq masih dalam proses rayuan. Namun sekiranya Syed Saddiq didapati bersalah, maka jawatan beliau sebagai Ahli Parlimen secara automatik akan tergugur. Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seseorang anggota Parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika beliau dijatuhi hukuman penjara lebih daripada setahun atau didenda lebih daripada RM2,000. Justeru, muncul persoalan penting yang perlu dibincangkan. Adakah pengguguran automatik jawatan Syed Saddiq sebagai ahli Parlimen, sekiranya didapati bersalah, merupakan satu kelegaan serta peluang emas buat para pengundi di Muar? SUMBER: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/04/1204715/syed-saddiq-masih-nantikan-tuntutan-peruntukan-parlimen-muar Walaupun beliau sering tampil dengan imej pemimpin muda yang progresif, hakikatnya prestasi Syed Saddiq sebagai ahli Parlime...

Mahathir Tries To Rewrite History, Again

It is a moment thick with irony—Tun Dr Mahathir Mohamad, whose criticisms hastened the political demise of his successor, Tun Abdullah Ahmad Badawi, now standing solemnly at the National Mosque to pay his final respects. With words of tribute, Mahathir described Abdullah as a leader who secured "one of the most remarkable victories in history" during the 2004 general election and praised his peaceful exit. But let us not rewrite history to suit sentiment. Dr Mahathir, now approaching 100, was once Abdullah's most unrelenting critic. Mahathir's loud and persistent attacks from outside the government sowed dissent within UMNO and the public alike, setting in motion the events that would lead to Abdullah's resignation in 2009. At every turn, Mahathir questioned Abdullah's leadership, direction, and integrity—relentlessly hammering away at the legitimacy of his successor's tenure. And yet today, he praises the very qualities he once disparaged. Abdullah, known...