Skip to main content

Posts

Showing posts with the label akta

MUDA Tak Patut Bangkitkan Isu Akta Pembiayaan Politik

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) baru-baru ini mengkritik kerajaan atas kelewatan melaksanakan Akta Pembiayaan Politik. Akta berkenaan dicadangkan sejak 2018 sebagai usaha penting untuk mengekang politik wang dan meningkatkan ketelusan dalam pembiayaan parti. Namun, persoalan yang timbul ialah mengapa isu tersebut tidak diselesaikan sewaktu era pentadbiran Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berada dalam kerajaan? Mahathir memiliki masa dua tahun iaitu 2018-2020 untuk melaksanakan akta terbabit namun tidak dilakukan. Mengapa sekarang MUDA mahu bersuara tentang isu Akta Pembiayaan Politik? MUDA sering mengetengahkan mereka sebagai parti muda yang berani mencabar norma politik lama, tetapi tindakannya sering menimbulkan persoalan tentang konsistensi prinsip serta strateginya. Dalam isu Akta Pembiayaan Politik, mereka mengkritik kelewatan kerajaan melaksanakan reformasi, tetapi tidak mengakui kegagalan pentadbiran terdahulu yang turut...