Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2023

MUDA 'Sembrono' Pilih Calon PRN

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) memberi isyarat mahu memberi cabaran kepada parti-parti lain dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada Ogos. Seramai 20 calon dipertaruhkan oleh MUDA dalam PRN kali ini. Namun wujud kritikan dalam kalangan netizen di media sosial tentang kredibiliti calon-calon yang dipertaruhkan oleh MUDA. Salah seorangnya adalah Noor Faralisa Redzuan yang dicalonkan untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah. Berdasarkan portfolio Noor Faralisa yang dikeluarkan oleh MUDA di media sosial, wanita berusia 41 tahun itu hanya memiliki pendidikan sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Rata-rata netizen meragui taraf pendidikan Noor Faralisa dan berpandangan dia tidak sesuai untuk menjadi seorang ahli politik. Ada netizen berpendapat seorang ahli politik perlu memiliki taraf pendidikan yang tinggi agar memberi contoh baik kepada golongan muda. Pendapat itu disokong oleh laporan kira-kira 300,000 pelajar lepas SPM tidak menyambung pengajian. Ahli