Skip to main content

MUDA 'Sembrono' Pilih Calon PRN


Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) memberi isyarat mahu memberi cabaran kepada parti-parti lain dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada Ogos.

Seramai 20 calon dipertaruhkan oleh MUDA dalam PRN kali ini.

Namun wujud kritikan dalam kalangan netizen di media sosial tentang kredibiliti calon-calon yang dipertaruhkan oleh MUDA.

Salah seorangnya adalah Noor Faralisa Redzuan yang dicalonkan untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah.

Berdasarkan portfolio Noor Faralisa yang dikeluarkan oleh MUDA di media sosial, wanita berusia 41 tahun itu hanya memiliki pendidikan sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Rata-rata netizen meragui taraf pendidikan Noor Faralisa dan berpandangan dia tidak sesuai untuk menjadi seorang ahli politik.

Ada netizen berpendapat seorang ahli politik perlu memiliki taraf pendidikan yang tinggi agar memberi contoh baik kepada golongan muda.

Pendapat itu disokong oleh laporan kira-kira 300,000 pelajar lepas SPM tidak menyambung pengajian.

Ahli politik yang memiliki pendidikan tinggi kebiasaannya mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk menguruskan negara dengan bijaksana serta berdaya maju.

Mereka lebih terdedah kepada isu-isu kompleks dan mampu menganalisa masalah dengan mendalam serta boleh membuat keputusan dengan bijak.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lepasan-spm-tidak-sambung-belajar-beri-kesan-kepada-sumber-manusia-negara-429000


Kritikan kedua yang dilemparkan oleh netizen adalah MUDA tidak mempamerkan jawatan sebenar yang disandang oleh Noor Faralisa.

Berdasarkan maklumat yang terdedah di media sosial, Noor Faralisa sebenarnya memegang jawatan sebagai eksekutif jualan dan bukannya Naib Pengerusi sebuah bank antarabangsa seperti diwar-warkan oleh MUDA.

Kesalahan maklumat seperti itu hanya akan menjejaskan kredibiliti Noor Faralisa sebagai calon PRN.

Rakyat lebih gemar melihat atau memilih calon wakil rakyat yang lebih telus berhubung latar belakangnya.

MUDA sepatutnya lebih cakna tentang perkara ini sekiranya mahu mendapatkan kepercayaan orang ramai untuk calon-calon mereka.

Meskipun Noor Faralisa memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Parlimen MUDA Bandar Tun Razak, namun perlu diakui bahawa dia tidak memiliki pengalaman luas dalam bidang politik.

Percubaan pertama MUDA menamakan calon politik yang setahun jagung merupakan tindakan berani mati daripada parti tersebut.

MUDA sepatutnya meletakkan calon lebih berpengalaman dan tahu selok belok pilihan raya.

Pilihan raya memerlukan fizikal dan mental yang kuat bagi seseorang calon selain meraih sokongan orang ramai.

Meletakkan calon yang tidak popular dan kurang dikenali ramai berkemungkinan akan memberi risiko besar kepada MUDA.

Tuntasnya, MUDA perlu lebih teliti dalam membuat tapisan sebelum menamakan seseorang calon pilihan raya.

Calon wakil rakyat akan dinilai daripada segenap segi oleh rakyat.

MUDA boleh menamakan 20 atau 30 calon pada setiap pilihan raya namun perlu mengambil kira kredibiliti setiap calonnya.

Melainkan MUDA tidak kisah untuk membiarkan wang deposit pilihan raya mereka hangus.

Comments

Popular posts from this blog

MUDA Gagal Beri Nilai Tambah

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS hanya memperoleh 1,106 undi. Angka berkenaan adalah sangat rendah berbanding calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Bakir dengan 11,065 undi dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek (6,059 undi). Justeru, kekalahan terbabit mencerminkan kegagalan kerjasama politik antara PSM dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Walaupun kedua-dua parti tersebut mempromosikan kerjasama terbabit sebagai 'usaha blok ketiga' namun keputusan PRK itu mengundang satu persoalan besar. Mengapa PSM bekerjasama dengan MUDA? SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/04/27/official-results-bns-mohamad-yusri-clinches-ayer-kuning-by-election-with-5006-vote-majority/174610 MUDA sejak awal penubuhannya membawa aspirasi politik baharu iaitu memperjuangkan suara anak muda, integriti dan perubahan. Namun naratif tersebut kian pudar, terutama sele...

Syed Saddiq 'Kecewakan' Pengundi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah 'dijulang' sebagai muka baharu dalam arena politik tempatan kerana kerap memperjuangkan isu berkaitan golongan muda pada awal pembabitannya. Beliau sering tampil dengan imej progresif, lantang bersuara dan dianggap sebagai pembawa suara generasi muda untuk masa hadapan. Namun, perjalanan politiknya tidak seindah yang diharapkan oleh kebanyakan pihak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Saddiq menunjukkan kegagalan besar dalam soal integriti dan menjadi teladan kepada imej politik anak muda. Pelbagai isu atau kontroversi membelenggu perjalanan politiknya sehingga imejnya terjejas teruk.  Kontroversi paling besar yang menyelubungi karier politik Syed Saddiq adalah pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebat...

Keikhlasan Penyatuan Melayu Mahathir Diragui

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa kemelut dalam Bersatu tidak akan mengganggu perjuangannya dalam menyatukan orang Melayu. Mahathir mengatakan sebarang pertikaian dalam parti merupakan isu dalaman dan tidak wajar dianggap sebagai bibit perpecahan dalam perjuangan utama untuk memartabatkan bangsa Melayu. Namun, agenda perpaduan Melayu yang bagaimana mahu diperjuangkan oleh Mahathir? Paling penting, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas atau sekadar modal politik lama yang terus dimainkan demi mengekalkan pengaruhnya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/06/dr-m-tak-jujur-sebut-orang-melayu-berpecah-lepas-berundur-kata-bekas-timbalan-menteri Dalam konteks politik semasa, naratif perpaduan Melayu yang sering dimainkan Mahathir kelihatan semakin kehilangan kredibilitinya. Situasi itu didorong oleh realiti bahawa Mahathir merupakan faktor utama kepada perpecahan politik Melayu sejak lebih kurang empat dekad lalu. Mahathir serin...