Skip to main content

Posts

Showing posts with the label kerajaan pusat

Kerajaan Pintu Belakang Bukan Penyelesaian

Baru-baru ini, timbul dakwaan bahawa ahli-ahli politik pembangkang merencana cubaan untuk merampas kuasa kerajaan menerusi 'Langkah Dubai'. 'Langkah Dubai' ini didakwa berjaya oleh para penyokong parti pembangkang dan ada beberapa ahli politiknya turut 'mengesahkan' perkara berkenaan. Timbul dakwaan bahawa bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad antara individu yang terlibat dalam cubaan rampasan kuasa tersebut. Mahathir didakwa membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk memberi suapan kepada ahli-ahli politik agar menarik sokongan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Langkah Dubai mengingatkan kita kepada Langkah Sheraton yang berakhir dengan pembentukan kerajaan pintu belakang pada 2020. Situasi ini membawa kita kepada persoalan yang lebih besar. Apakah impak kerapnya berlaku perubahan kerajaan kepada rakyat dan negara? Sumber: http://www.financetwitter.com/2024/01/dubai-move-to-overthrow-pm-anwar-how-mahathir-daim-p...

Masa Depan Muar Jadi Taruhan

Dalam kancah politik Malaysia, nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bukan sahaja menjadi perhatian tetapi turut mengundang gelombang kritikan. Sebagai Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menggalas tanggungjawab berat mewakili suara dan aspirasi rakyat. Namun, Syed Saddiq terpalit dengan skandal wang yang bukan sahaja menggoyahkan kepercayaan rakyat tetapi turut mencetuskan persoalan tentang masa depan Muar. Setakat artikel ini ditulis, Syed Saddiq masih belum melepaskan peranannya sebagai Ahli Parlimen Muar meskipun telah didesak beberapa kali oleh ahli politik lain. Syed Saddiq turut mengambil sikap berdiam diri di media sosial selepas beliau dijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun pada 9 November lalu. https://www.kosmo.com.my/2023/11/09/syed-saddiq-didapati-bersalah-terhadap-empat-pertuduhan/ Skandal wang yang melibatkan Syed Saddiq telah mencemarkan dan memberi tamparan hebat kepada nama baik serta imejnya. Kepercayaan rakyat merupakan aset terbesar bagi seorang ahli politik. Bagaim...