Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sekali lagi mencetuskan kontroversi berhubung kenyataan salah seorang pemimpinnya berhubung isu LGBT. Timbalan Presidennya, Amira Aisya Abd Aziz mendakwa tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas jam tangan Swatch koleksi Pride Collection bertemakan pelangi adalah satu langkah kurang wajar. Amira Aisya mendakwa Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 digunakan sewenang-wenangnya oleh KDN dan sebarang tindakan di bawah akta itu perlu dibahas di Parlimen. Beliau turut mendakwa tindakan KDN itu hanya akan memberi imej buruk dan menjejaskan perniagaan kecil. Kenyataan seumpama itu secara jelas memberi bayangan kepada orang ramai bahawa MUDA cuba mempertahankan gerakan LGBT. Ini bukan kali pertama MUDA mencetuskan kontroversi menerusi kenyataan seumpama ini. MUDA turut meletakkan parti mereka di atas garisan yang memungkinkan mereka bakal berdepan satu lagi siri kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak. Berdasarkan situasi semasa, MUDA sebe...