Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mengatakan bersedia mengambil tanggungjawab berhubung politik wang yang didakwa berleluasa dalam parti UMNO semasa beliau menjadi presiden parti berkenaan pada tahun 1990-an. Namun, Mahathir menegaskan bahawa beliau tidak seharusnya dipersalahkan sepenuhnya, kerana belia mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sepatutnya bertanggungjawab. Mahathir turut mendakwa bukan tanggungjawabnya untuk mengawal secara terperinci pihak berkuasa yang berkaitan bagi menangani isu rasuah yang semakin berakar dalam UMNO pada masa itu. Selain itu, Mahathir mengatakan UMNO kini bukan lagi parti sama yang dibentuk pada 1946 apabila tersasar daripada perjuangan bangsa, negara dan agama. Berdasarkan kenyataan Mahathir, timbul persoalan tentang sejauh mana beliau sebenarnya mengambil tanggungjawab terhadap isu yang berlaku dalam UMNO khususnya rasuah. Rujukan: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2023/11/13/dr-mahathir-says-cant-...