Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2023

Kesan Domino Kronisme Mahathir

Baru-baru ini, tular tangkap layar sepucuk surat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) bertarikh 7 Oktober 2003 kepada sebuah syarikat yang terlibat dalam pembuatan dan penjualan kabel gentian optik serta produk berkaitan kabel di negara ini, Opcom Holdings Berhad. Mengapa surat itu tular? Surat itu merupakan tender kerajaan untuk membekalkan fiber optik bernilai RM214.2 juta dan kontrak tersebut diberikan secara rundingan terus. Tambahan pula, syarikat terbabit merupakan firma yang diasaskan oleh Datuk Seri Muhkriz Mahathir dan dimiliki bersama Datuk Mokhzani Mahathir. Ironinya, kontrak itu diberikan kepada Opcom Holdings Berhad ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 2003. Maka, wujud dakwaan bahawa Opcom Holdings Berhad menerima kontrak berkenaan kerana amalan nepotisme atau kronisme yang dikatakan sinonim dengan pentadbiran Mahathir. Sumber: https://www.thecorporatesecret.com/blog/2023/06/19/projek-opcom-rm214-2-juta-azam-baki-dah

It's Not Opcom's First Time

In what is the latest of a series of salvo in the never-ending Mahathir vs Anwar drama, PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim brought attention to a fiber optic contract worth RM214 million awarded to a company that included members of Mahathir's family on its board. Anwar asserted that Mahathir had utilised his positions as prime minister and finance minister to grant the contract to Opcom Cables Sdn Bhd in 2003. Most importantly, this approval was given before Mahathir's resignation as prime minister in late October 2003. During the Umno general assembly, Mahathir had publicly announced his intention to resign more than a year prior, in June 2022. Anwar's defense statement further explained that on September 15, 2003, Telekom Malaysia Bhd (TM) sent a letter to the Ministry of Finance (MoF) requesting approval to engage in direct negotiations with Opcom for the supply of fibre optic cables valued at RM214.2 million. Anwar emphasised that TM is a government-linked company where the

Mahathir Kuku Besi, Kesannya Kepada Negara

Dalam dunia politik, kuasa adalah 'alat' yang sangat bernilai dalam membawa perubahan yang positif atau sebaliknya. Namun, penggunaan kuasa yang berlebihan dan tidak seimbang akan mencetuskan rasa kurang senang rakyat terhadap seseorang pemimpin politik. Pemimpin politik yang dimaksudkan adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Ramai sedia maklum tentang sistem pemerintahan negara di bawah Mahathir. Banyak pengkritik mendakwa Mahathir merupakan seorang pemimpin kuku besi yang tidak boleh ditentang dan perlu dihormati. Hakikatnya, pemerintahan kuku besi Mahathir seperti didakwa oleh pengkritik politik memberi kesan besar kepada negara. Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/402894 Mahathir merupakan seorang pemimpin yang bersifat autoriti dan tidak gemar untuk menerima cadangan mana-mana pihak sebelum membuat keputusan. Sebagai contoh, Mahathir terus membuat keputusan untuk menarik balik tuntutan permohonan semakan kes Pulau Batu Puteh sejurus dilantik menjadi

MUDA Perlu Fikir Untuk Bubar

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sekali lagi mencetuskan kontroversi berhubung kenyataan salah seorang pemimpinnya berhubung isu LGBT. Timbalan Presidennya, Amira Aisya Abd Aziz mendakwa tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas jam tangan Swatch koleksi Pride Collection bertemakan pelangi adalah satu langkah kurang wajar. Amira Aisya mendakwa Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 digunakan sewenang-wenangnya oleh KDN dan sebarang tindakan di bawah akta itu perlu dibahas di Parlimen. Beliau turut mendakwa tindakan KDN itu hanya akan memberi imej buruk dan menjejaskan perniagaan kecil. Kenyataan seumpama itu secara jelas memberi bayangan kepada orang ramai bahawa MUDA cuba mempertahankan gerakan LGBT. Ini bukan kali pertama MUDA mencetuskan kontroversi menerusi kenyataan seumpama ini. MUDA turut meletakkan parti mereka di atas garisan yang memungkinkan mereka bakal berdepan satu lagi siri kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak. Berdasarkan situasi semasa, MUDA sebe