Skip to main content

Mahathir Kuku Besi, Kesannya Kepada Negara


Dalam dunia politik, kuasa adalah 'alat' yang sangat bernilai dalam membawa perubahan yang positif atau sebaliknya.

Namun, penggunaan kuasa yang berlebihan dan tidak seimbang akan mencetuskan rasa kurang senang rakyat terhadap seseorang pemimpin politik.

Pemimpin politik yang dimaksudkan adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ramai sedia maklum tentang sistem pemerintahan negara di bawah Mahathir. Banyak pengkritik mendakwa Mahathir merupakan seorang pemimpin kuku besi yang tidak boleh ditentang dan perlu dihormati.

Hakikatnya, pemerintahan kuku besi Mahathir seperti didakwa oleh pengkritik politik memberi kesan besar kepada negara.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/402894


Mahathir merupakan seorang pemimpin yang bersifat autoriti dan tidak gemar untuk menerima cadangan mana-mana pihak sebelum membuat keputusan.

Sebagai contoh, Mahathir terus membuat keputusan untuk menarik balik tuntutan permohonan semakan kes Pulau Batu Puteh sejurus dilantik menjadi Perdana Menteri kali kedua tanpa sebarang perbincangan teliti dengan Kabinet.

Sehingga kini, tiada siapa tahu sebab Mahathir berbuat demikian dan beliau terus mengunci mulut meskipun didesak untuk menyatakan kebenaran berhubung isu terbabit.

Kesannya, Pulau Batu Puteh terlepas ke tangan Singapura dan kedaulatan negara tergadai.

Singapura turut mengumumkan untuk membina kubu pertahanan mereka di pulau itu, sekali gus mengundang kerisauan kepada rakyat Malaysia tentang soal keselamatan negara.

Sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2021/07/835894/singapura-mula-bangunkan-pulau-batu-puteh


Mahathir juga pernah dilanda kontroversi apabila campur tangan dalam badan kehakiman negara.

Sewaktu rejim pemerintahan kali pertamanya, Mahathir melakukan pindaan Perlembagaan Malaysia yang dikenali sebagai Akta Pindaan Perlembagaan 1988.

Mahathir berbuat demikian bagi menyekat kuasa badan kehakiman serta mengintrepretasikan semula kedudukan mahkamah dalam sistem pentadbiran negara.

Tindakan itu dilaksanakan oleh Mahathir susulan beliau tidak berpuas hati dengan penghakiman Mahkamah Tinggi pada 1980-an dalam menyelesaikan krisis politik negara.

Mahathir turut didakwa campur tangan dalam melantik hakim yang dipertanggungjawab mengadili kes pecah amanah dan rasuah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tindakan itu telah mengganggu sistem kehakiman negara dan telah mencetuskan persepsi bahawa Mahathir mengawal segala-galanya demi kepentingan peribadinya.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/423512


Mahathir juga sering membuat keputusan yang kurang popular dan tidak memahami keadaan rakyat.

Apabila dilantik semula menjadi Perdana Menteri buat kali kedua pada 2018, Mahathir memecat semua pekerja awam lantikan politik dengan serta-merta.

Tindakan itu mengejutkan mereka yang diberhentikan serta-merta terutamanya apabila langkah tersebut dibuat beberapa hari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Keputusan Mahathir itu turut mencetuskan kecaman daripada pelbagai pihak khususnya kesatuan sekerja yang mahu beliau menilai semula tindakan berkenaan.

Mahathir juga enggan memberikan bantuan kepada rakyat, dengan alasan rakyat tidak boleh diberikan 'tongkat' secara berterusan.

Bantuan kepada rakyat adalah penting bagi menjamin kesejahteraan mereka dan membantu golongan kurang berkemampuan untuk meneruskan kehidupan.

Meskipun nilai yang diberikan tidak begitu banyak, namun mampu untuk menggembirakan rakyat dalam menjalani kehidupan seharian mereka.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/05/426999/kaji-semula-henti-penjawat-awam-lantikan-politik-mtuc

https://www.astroawani.com/berita-politik/bergantung-pada-diri-bukan-pada-tongkat-tun-m-194702


Tuntasnya, autoriti yang ditonjolkan oleh Mahathir telah menimbulkan kekecewaan dan ketidakpercayaan rakyat terhadap beliau.

Pemimpin seperti Mahathir yang menggunakan kuasanya secara berlebihan, akan merugikan kepentingan rakyat dan menjejaskan sistem demokrasi.

Mahathir perlu sedar bahawa sistem pemerintahan kuku besi tidak relevan, sebaliknya perlu mengubah pendekatannya demi kepentingan rakyat.

Sayangnya, masanya untuk memerintah sudah berakhir, ditambah usianya yang makin lanjut dan sokongan terhadap Mahathir juga kian berkurangan.

Pemimpin muda perlu belajar sesuatu tentang kelemahan sistem pemerintahan Mahathir dan tidak mengulanginya pada masa hadapan.

Comments

Popular posts from this blog

MUDA Gagal Beri Nilai Tambah

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS hanya memperoleh 1,106 undi. Angka berkenaan adalah sangat rendah berbanding calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Bakir dengan 11,065 undi dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek (6,059 undi). Justeru, kekalahan terbabit mencerminkan kegagalan kerjasama politik antara PSM dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Walaupun kedua-dua parti tersebut mempromosikan kerjasama terbabit sebagai 'usaha blok ketiga' namun keputusan PRK itu mengundang satu persoalan besar. Mengapa PSM bekerjasama dengan MUDA? SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/04/27/official-results-bns-mohamad-yusri-clinches-ayer-kuning-by-election-with-5006-vote-majority/174610 MUDA sejak awal penubuhannya membawa aspirasi politik baharu iaitu memperjuangkan suara anak muda, integriti dan perubahan. Namun naratif tersebut kian pudar, terutama sele...

Syed Saddiq 'Kecewakan' Pengundi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah 'dijulang' sebagai muka baharu dalam arena politik tempatan kerana kerap memperjuangkan isu berkaitan golongan muda pada awal pembabitannya. Beliau sering tampil dengan imej progresif, lantang bersuara dan dianggap sebagai pembawa suara generasi muda untuk masa hadapan. Namun, perjalanan politiknya tidak seindah yang diharapkan oleh kebanyakan pihak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Saddiq menunjukkan kegagalan besar dalam soal integriti dan menjadi teladan kepada imej politik anak muda. Pelbagai isu atau kontroversi membelenggu perjalanan politiknya sehingga imejnya terjejas teruk.  Kontroversi paling besar yang menyelubungi karier politik Syed Saddiq adalah pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebat...

Keikhlasan Penyatuan Melayu Mahathir Diragui

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa kemelut dalam Bersatu tidak akan mengganggu perjuangannya dalam menyatukan orang Melayu. Mahathir mengatakan sebarang pertikaian dalam parti merupakan isu dalaman dan tidak wajar dianggap sebagai bibit perpecahan dalam perjuangan utama untuk memartabatkan bangsa Melayu. Namun, agenda perpaduan Melayu yang bagaimana mahu diperjuangkan oleh Mahathir? Paling penting, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas atau sekadar modal politik lama yang terus dimainkan demi mengekalkan pengaruhnya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/06/dr-m-tak-jujur-sebut-orang-melayu-berpecah-lepas-berundur-kata-bekas-timbalan-menteri Dalam konteks politik semasa, naratif perpaduan Melayu yang sering dimainkan Mahathir kelihatan semakin kehilangan kredibilitinya. Situasi itu didorong oleh realiti bahawa Mahathir merupakan faktor utama kepada perpecahan politik Melayu sejak lebih kurang empat dekad lalu. Mahathir serin...