Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2024

Konflik Berkepentingan 'Hantui' Mahathir

Baru-baru ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan tidak akan menghadiri siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kes Pulau Batu Puteh selepas mendakwa berlaku konflik berkepentingan berhubung pelantikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif. Peguam kepada Mahathir iaitu Muhammad Rafique Rashid Ali mendakwa pelantikan Tun Md Raus akan mencemarkan keseluruhan prosiding RCI. Maka, Muhammad Rafique mewakili anak guamnya mahu kerajaan menggantikan Tun Md Raus sebagai Pengerusi RCI bagi memastikan keadilan buat Mahathir. Pada 2017, Mahathir memfailkan satu semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keabsahan pelantikan Tun Md Raus sebagai hakim tambahan Mahkamah Persekutuan kerana Tun Md Raus Sharif telah mencapai usia 66 tahun dan enam bulan. Namun, Mahathir didakwa hanya memberi alasan dan sebaliknya mempunyai sejarah konflik berkepentingan sebelum ini ketika menjadi Perdana Menteri. Rujukan: https://www.sinarharian.com.my/arti

Politicians, It's Time To Be More Responsible On Race And Religion

March proved to be a tumultuous month for religious relations in Malaysia, as irresponsible parties attempted to rile up the Malay Muslim base in the holy month of Ramadan, ranging from the canteen for non-Muslims and, most recently, the Allah socks issue. Last week, images of the Miranosock socks bearing the word Allah sold at convenience store chain KK Mart's Bandar Sunway outlet went viral on social media. Following the revelation, KK Mart apologised to its customers and the Muslim community, in particular, for the oversight and stopped selling the product. The sock's supplier, Xin Jian Chang Sdn Bhd, had also apologised and said the products were part of a bulk of stocks purchased by mistake from its China-based supplier. Regardless of intent, this is a severe matter for Muslims, as the word "Allah" is revered in every sense of the word. Its careless printing of socks can be seen as an insult and has the potential to be used in an even more irresponsible manner. D

MUDA Tampak 'Hilang Arah'

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) baru-baru ini menerima 'tamparan hebat' apabila dilaporkan ramai ahlinya meletakkan jawatan atau keluar dari parti berkenaan. Hampir 10 ahli MUDA meletakkan jawatan dalam tempoh sebulan atas sebab peribadi dan didakwa kurang berpuas hati dengan hala tuju parti terbabit sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Antara yang meletakkan jawatan adalah Bendahari MUDA Parlimen Kapar, Vipraharan Balan; Ketua Parlimen Pandan, Abang Aliefiesyahreen dan Timbalan Pengerusi MUDA Kedah, Amer Abdullah. Namun, Setiausaha Agung parti berkenaan, Amir Hariri Abd Hadi mengatakan pihaknya tidak mengetahui punca peletakan jawatan mereka. Jawapan Amir Hariri seolah-olah menyembunyikan krisis dalaman yang menyelubungi parti berkenaan. Situasi itu hanya akan menjejaskan kredibiliti parti MUDA yang kian tercalar selepas bekas Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dijatuhkan hukuman penjara akibat penyalahgunaan wang. Susulan keputusan mahkamah itu, Syed Saddiq