Skip to main content

Konflik Berkepentingan 'Hantui' Mahathir


Baru-baru ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan tidak akan menghadiri siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kes Pulau Batu Puteh selepas mendakwa berlaku konflik berkepentingan berhubung pelantikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif.

Peguam kepada Mahathir iaitu Muhammad Rafique Rashid Ali mendakwa pelantikan Tun Md Raus akan mencemarkan keseluruhan prosiding RCI.

Maka, Muhammad Rafique mewakili anak guamnya mahu kerajaan menggantikan Tun Md Raus sebagai Pengerusi RCI bagi memastikan keadilan buat Mahathir.

Pada 2017, Mahathir memfailkan satu semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keabsahan pelantikan Tun Md Raus sebagai hakim tambahan Mahkamah Persekutuan kerana Tun Md Raus Sharif telah mencapai usia 66 tahun dan enam bulan.

Namun, Mahathir didakwa hanya memberi alasan dan sebaliknya mempunyai sejarah konflik berkepentingan sebelum ini ketika menjadi Perdana Menteri.

Rujukan: https://www.sinarharian.com.my/article/649932/berita/nasional/peguam-nasihat-tun-m-tidak-sertai-rci-batu-puteh-jika-pengerusi-tidak-diganti


Mahathir pernah melantik peguam, Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2019.

Namun, pelantikan itu mencetuskan pelbagai kontroversi kerana dibuat atas keputusan Mahathir secara peribadi dan tidak dibawa ke Kabinet.

Perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang pernah dibawa oleh Mahathir menyatakan pelantikan ketua SPRM perlu diluluskan secara demokratik oleh Parlimen.

Manifesto itu juga menyebut Mahathir mahu melakukan reformasi dan memperkukuh usaha membanteras rasuah namun pelantikan Latheefa Koya dibuat sebagai pemudah cara menyelesaikan isu dana RM2.6 bilion, 1 Malaysian Development Berhad (1MDB) dan SRC International.

Mahathir turut meminta Datuk Seri Mohd Shukri Abdull agar memendekkan tempoh perkhidmatan beliau lebih awal yang sepatutnya berakhir pada 17 Mei 2020 bagi memberi laluan kepada pelantikan Latheefa Koya.

Rujukan: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2019/06/05/pelantikan-latheefa

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/06/05/kenapa-latheefa-koya-dipilih-ketuai-sprm/


Bukan itu sahaja, Mahathir pernah mencetuskan kontroversi dalam badan kehakiman apabila melantik Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara pada 2018.

Pelantikan itu menimbulkan tanda tanya apabila Richard merupakan Ketua Hakim Negara pertama yang dilantik bukan daripada kalangan orang Melayu dan Islam.

Pelbagai pihak mencetuskan kebimbangan kerana menjadi satu keperluan bagi seseorang yang memimpin badan kehakiman negara lengkap dengan ilmu asas Islam serta prinsip asas perundangan Islam serta sekurang-kurangnya memahami perbandingan antara undang-undang sivil dan Syariah.

Pelantikan Richard juga didakwa mempunyai kaitan dengan kes melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selepas Richard dilantik menjadi Ketua Hakim Negara, hakim yang mengendalikan kes Najib ditukar serta-merta.

Malah, wujud dakwaan bahawa pelantikan Richard adalah bagi memastikan kes rasuah melibatkan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dapat diselesaikan mengikut kehendak Mahathir.

Rujukan: https://editormalaysia.com/17520/

https://www.thethirdforce.net/the-real-reason-mahathir-lets-tommy-thomas-and-richard-malanjum-get-away-with-murder/


Mahathir turut melakukan langkah luar jangkaan apabila melantik Tan Sri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara pada 2019 secara kontrak selama dua tahun.

Pelantikan Abdul Hamid juga mengundang polemik dalam kalangan rakyat apabila gagal menyelesaikan kes-kes berprofil tinggi negara.

Salah satu kes yang menjadi sebutan ramai adalah video lucah melibatkan Datuk Seri Azmin Ali.

Meskipun, pihak berkuasa mengesahkan video berkenaan adalah tulen namun tiada tindakan diambil terhadap Azmin, sebaliknya polis mencari dalang menyebarkan video terbabit.

Tindakan itu seolah-olah selari dengan dakwaan Mahathir sebelum itu bahawa video berkenaan adalah palsu.

Abdul Hamid juga gagal dalam janjinya untuk membawa pulang ahli perniagaan, Jho Low yang terbabit dalam kes 1MDB.

Rujukan: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/07/13/beberapa-suspek-ditahan-dalang-video-seks-sejenis-dikenal-pasti-kata-polis/

https://wrlr.blogspot.com/2019/07/hamid-bador-mula-mengecewakan-malaysia.html

https://theunspinners.blogspot.com/2020/09/hamid-hamid-sudah-sudah-lah-berikan.html

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/573572/dr-mahathir-yakin-azmin-bukan-individu-dalam-video


Tuntasnya, konflik berkepentingan terjadi pada era Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri.

Mahathir sepatutnya tidak mengeluarkan dakwaan terhadap pihak lain tentang konflik berkepentingan kerana beliau juga pernah melakukan perkara sama.

Mahathir juga perlu tahu bahawa pelantikan anggota RCI adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Jika Mahathir mempertikaikan pelantikan anggota RCI, bermakna beliau mempunyai 'isu peribadi' terhadap institusi diraja.

Mahathir juga perlu memberikan kerjasama penuh terhadap siasatan berkenaan kerana beliau adalah individu yang menarik balik semakan permohonan tuntutan Pulau Batu Puteh ketika menjadi Perdana Menteri.

Beliau tidak perlu takut sekiranya berada di pihak yang benar dan perlu menerima hukuman sewajarnya jika didapati bersalah 'menjual' kedaulatan negara.

Comments

Popular posts from this blog

MUDA Gagal Beri Nilai Tambah

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS hanya memperoleh 1,106 undi. Angka berkenaan adalah sangat rendah berbanding calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Bakir dengan 11,065 undi dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek (6,059 undi). Justeru, kekalahan terbabit mencerminkan kegagalan kerjasama politik antara PSM dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Walaupun kedua-dua parti tersebut mempromosikan kerjasama terbabit sebagai 'usaha blok ketiga' namun keputusan PRK itu mengundang satu persoalan besar. Mengapa PSM bekerjasama dengan MUDA? SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/04/27/official-results-bns-mohamad-yusri-clinches-ayer-kuning-by-election-with-5006-vote-majority/174610 MUDA sejak awal penubuhannya membawa aspirasi politik baharu iaitu memperjuangkan suara anak muda, integriti dan perubahan. Namun naratif tersebut kian pudar, terutama sele...

Syed Saddiq 'Kecewakan' Pengundi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah 'dijulang' sebagai muka baharu dalam arena politik tempatan kerana kerap memperjuangkan isu berkaitan golongan muda pada awal pembabitannya. Beliau sering tampil dengan imej progresif, lantang bersuara dan dianggap sebagai pembawa suara generasi muda untuk masa hadapan. Namun, perjalanan politiknya tidak seindah yang diharapkan oleh kebanyakan pihak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Saddiq menunjukkan kegagalan besar dalam soal integriti dan menjadi teladan kepada imej politik anak muda. Pelbagai isu atau kontroversi membelenggu perjalanan politiknya sehingga imejnya terjejas teruk.  Kontroversi paling besar yang menyelubungi karier politik Syed Saddiq adalah pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebat...

Keikhlasan Penyatuan Melayu Mahathir Diragui

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa kemelut dalam Bersatu tidak akan mengganggu perjuangannya dalam menyatukan orang Melayu. Mahathir mengatakan sebarang pertikaian dalam parti merupakan isu dalaman dan tidak wajar dianggap sebagai bibit perpecahan dalam perjuangan utama untuk memartabatkan bangsa Melayu. Namun, agenda perpaduan Melayu yang bagaimana mahu diperjuangkan oleh Mahathir? Paling penting, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas atau sekadar modal politik lama yang terus dimainkan demi mengekalkan pengaruhnya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/06/dr-m-tak-jujur-sebut-orang-melayu-berpecah-lepas-berundur-kata-bekas-timbalan-menteri Dalam konteks politik semasa, naratif perpaduan Melayu yang sering dimainkan Mahathir kelihatan semakin kehilangan kredibilitinya. Situasi itu didorong oleh realiti bahawa Mahathir merupakan faktor utama kepada perpecahan politik Melayu sejak lebih kurang empat dekad lalu. Mahathir serin...