Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman sering kali dikaitkan dengan pelbagai krisis dan kontroversi sepanjang karier politiknya yang masih muda. Syed Saddiq pernah diangkat suatu masa dahulu sebagai seorang pemimpin muda yang berani membawa perubahan dalam landskap politik negara. Beliau mengasaskan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) pada 2020 untuk membentuk revolusi dalam pentadbiran negara. Namun, dalam keghairahan mengejar cita-cita menjadi pemimpin disegani, beliau tidak terlepas daripada beberapa insiden yang menguji integriti dan kebolehannya sebagai seorang pemimpin. Salah satu kontroversi terbesar yang membayangi Syed Saddiq adalah tuduhan salah guna dana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ketika beliau masih memegang jawatan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada). Kes tersebut bukan sahaja mencalar imejnya sebagai seorang pemimpin muda yang bersih, tetapi juga menimbulkan persoalan tentang keupayaannya untuk menjaga amanah yang diberikan. Selain itu, kepimpin...