Isu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Berhubung Kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah Dan Tubir Selatan menghiasi dada-dada media massa tempatan sejak akhir-akhir ini. Suruhanjaya berkenaan telah mengeluarkan laporan sebanyak 217 muka surat. Pelbagai pihak turut mendesak agar Mahathir dikenakan siasatan jenayah atas kecuaiannya hilang Pulau Batu Puteh kepada Singapura pada 2018. Namun ada ahli politik yang mahu semua pihak mengenag segala pengorbanan Mahathir sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri. Malahan, ahli politik terbabit turut mendakwa meskipun hukuman dikenakan ke atas Mahathir, namun Pulau Batu Puteh secara realitinya sudah terlepas ke tangan pihak lain. SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/takkan-langsung-dr-mahathir-tiada-jasa-kepada-negara-mp-bahas-laporan-rci-batu-puteh-500446 Kedaulatan adalah hak asasi setiap negara untuk melindungi wilayah dan identiti nasionalnya. Kehilangan Pulau Batu P...