Sejak ditubuhkan pada Ogos 2020, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sering digambarkan sebagai parti peribadi kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ditubuhkan kerana kemarahan beliau terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika itu, Pejuang lahir dengan membawa satu janji besar. Janji untuk menjadi parti yang akan menyatukan orang Melayu, membersihkan politik negara serta menaikkan semula era kegemilangan Mahathir. Namun, selepas hampir enam tahun, Pejuang kekal sebagai sebuah parti yang 'hidup segan, mati tak mahu'. Pejuang juga menjadi contoh sebuah parti yang disifatkan hanyalah 'projek peribadi', gagal menjelma menjadi sebuah entiti yang benar-benar berakar umbi serta menambat hati rakyat negara ini. SUMBER: https://www.malaysiakini.com/columns/773578 Parti itu ditubukan bukan kerana ada keperluan mendesak daripada rakyat, tetapi akibat kekecewaan Mahathir terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan PN selepas Langkah Sheraton. Maha...