Skip to main content

Mahathir Hanya Bantu Melayu 'Terpilih'



Sejak berpuluh tahun lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerap mendakwa beliau merupakan pejuang orang Melayu yang sejati.

Melalui buku The Malay Dilemma, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dipergiatkan dan Wawasan 2020, beliau berulang kali menjanjikan pembangunan serta kemajuan untuk kaum Melayu.

Namun, realitinya hingga kini menceritakan kisah yang amat berbeza.

Anak-anak Mahathir terutamanya Mirzan, Mokhzani dan Mukhriz tergolong dalam kalangan manusia terkaya di Malaysia.

Namun majoriti orang Melayu masih bergelut dengan kemiskinan, masalah jurang pendapatan dan terpinggir daripada aspek ekonomi.

Mengapa Mahathir begitu 'berkesan' membantu anak-anaknya mengumpul kekayaan luar biasa namun gagal menaikkan golongan marhaen Melayu dengan cara yang sama?

SUMBER: https://malaysiagazette.com/2023/06/29/nasib-melayu-gagal-semasa-tun-m-berkuasa/



Pada 2025, dua anak lelaki Mahathir, Tan Sri Mokhzani Mahathir dan Datuk Seri Mirzan Mahathir, telah mengisytiharkan aset masing-masing kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mokhzani mengisytiharkan aset melebihi RM1 bilion manakala Mirzan pula sekitar RM246 juta.

Kekayaan tersebut datang daripada pelbagai sektor strategik yang berkembang pesat semasa era pemerintahan bapa mereka, termasuk minyak dan gas, perkapalan serta kontrak kerajaan.

Mokhzani, melalui Kencana Petroleum, menjadi antara tokoh utama dalam industri minyak.

Mirzan pula pernah memiliki Konsortium Perkapalan Berhad yang mendapat sokongan Petronas semasa krisis kewangan 1997.

Mukhriz, walaupun lebih aktif dalam politik, turut memiliki kepentingan perniagaan yang meluas.

Kejayaan mereka bukanlah sesuatu yang muncul daripada usaha semata-mata seperti yang didakwa oleh Mahathir.

Kekayaan anak-anaknya berlaku ketika dasar penswastaan dan 'Malaysia Inc.' di bawah pentadbiran Mahathir yang memberi keutamaan kepada sekumpulan kecil golongan Bumiputera terpilih termasuk keluarganya sendiri.

Ironinya, Mahathir sering mengkritik golongan Melayu sebagai 'bergantung kepada tongkat' namun beliau juga yang 'memastikan' anak-anaknya tidak perlu berpaut kepada sebarang tongkat.

Anak-anaknya diberikan akses kepada peluang yang sangat luar biasa berbanding orang lain. 

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/05/420694/kronisme-ciptaan-dr-mahathir-lebih-teruk



Walaupun DEB dan dasar-dasar Mahathir bertujuan mengangkat ekonomi Melayu, hasilnya amat mengecewakan bagi sebahagian besar orang Melayu.

Kemiskinan relatif dan jurang pendapatan dalam kalangan Bumiputera masih tinggi sehingga kini.

Ramai orang Melayu yang bekerja sebagai pekerja kilang, pemandu atau peniaga kecil masih bergelut untuk menyara keluarga meskipun dasar kuota serta subsidi telah wujud selama lebih 50 tahun.

Situasi tersebut menonjolkan kegagalan dalam pelaksanaan dasar Mahathir.

Dasar Mahathir lebih banyak mencipta segelintir jutawan Melayu termasuk keluarganya daripada membina kelas pertengahan Melayu yang berdaya saing. 

SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-politik/tun-mahathir-akui-gagal-satukan-orang-melayu



Usaha pembangunan Mahathir untuk orang Melayu juga mencetuskan tanda tanya dalam kalangan rakyat.

Sebagai contoh, projek rancangan infrastruktur di Sarawak, termasuk projek Jambatan Batang Lupar.

Projek tersebut pada awalnya mendapat kelulusan ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak namun kemudiannya dibatalkan oleh Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri ketujuh.

Kerajaan Negeri Sarawak kemudiannya menyiapkan projek tersebut menggunakan dana sendiri, sekali gus memberi manfaat langsung kepada komuniti tempatan termasuk kaum Melayu.

Di Sabah pula, Mahathir pernah melaksanakan 'Projek IC' yang memberikan kerakyatan secara besar-besaran kepada pendatang asing dari Filipina dan Indonesia untuk mengubah demograsi negeri berkenaan.

Kehadiran mereka telah menyumbang kepada tekanan ekonomi dan sosial ke atas penduduk asal Sabah, termasuk golongan Melayu. 

SUMBER: https://utusansarawak.com.my/gps-selamatkan-projek-jambatan-batang-lupar-1-guna-dana-sarawak-sendiri-gerald/



Tuntasnya, Mahathir sering mendakwa orang Melayu mengutamakan pemimpin berbanding bangsa atau terlalu bergantung kepada subsidi kerajaan.

Namun, beliau sendiri memastikan anak-anaknya mendapat akses kepada peluang yang tidak pernah dinikmati oleh golongan marhaen Melayu.

Itu adalah bentuk kronisme keluarga yang paling nyata.

Hasilnya, era pemerintahan Mahathir dipenuhi dengan golongan kelas kapitalis Melayu yang kaya-raya manakala sebahagian besar rakyat marhaen masih terus menunggu janji pembangunan yang tidak kunjung tiba.

Sudah tiba masanya kaum Melayu melepaskan diri daripada pemimpin seperti Mahathir yang membiarkan bangsanya sendiri terpinggir.

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Dakwa Melayu Seolah-olah Ditindas

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mengeluarkan kenyataan berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB). Secara ringkasnya, RUU yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada Julai bertujuan untuk meremajakan kawasan bandar di seluruh negara terutamanya perbandaran yang semakin sesak. Namun, Mahathir menerusi laman media sosialnya rasmi sama sekali tidak bersetuju dengan RUU berkenaan. Mahathir mengatakan pembaharuan bandar akan menyebabkan penduduk kawasan-kawasan seperti di Kuala Lumpur akan diarahkan keluar dan kebanyakan mereka adalah komuniti Melayu. Beliau juga mendakwa bandar akan menjadi tempat orang bukan Melayu dan pemisahan antara masyarakat Melayu serta bukan Melayu bakal menjadi lebih luas. Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/02/1364118/ruu-pembaharuan-semula-bandar-boleh-remajakan-bandar-yang-sesak Mahathir sering menggunakan naratif bahawa beliau adalah pelindung atau wira kepentingan orang Melayu. Namun, s...

Kes Mahkamah Syed Saddiq, Peluang Baharu Muar?

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkemungkinan memiliki tempoh singkat memegang jawatan berkenaan. Kes penyelewengan dana parti melibatkan Syed Saddiq masih dalam proses rayuan. Namun sekiranya Syed Saddiq didapati bersalah, maka jawatan beliau sebagai Ahli Parlimen secara automatik akan tergugur. Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seseorang anggota Parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika beliau dijatuhi hukuman penjara lebih daripada setahun atau didenda lebih daripada RM2,000. Justeru, muncul persoalan penting yang perlu dibincangkan. Adakah pengguguran automatik jawatan Syed Saddiq sebagai ahli Parlimen, sekiranya didapati bersalah, merupakan satu kelegaan serta peluang emas buat para pengundi di Muar? SUMBER: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/04/1204715/syed-saddiq-masih-nantikan-tuntutan-peruntukan-parlimen-muar Walaupun beliau sering tampil dengan imej pemimpin muda yang progresif, hakikatnya prestasi Syed Saddiq sebagai ahli Parlime...

Mahathir Tries To Rewrite History, Again

It is a moment thick with irony—Tun Dr Mahathir Mohamad, whose criticisms hastened the political demise of his successor, Tun Abdullah Ahmad Badawi, now standing solemnly at the National Mosque to pay his final respects. With words of tribute, Mahathir described Abdullah as a leader who secured "one of the most remarkable victories in history" during the 2004 general election and praised his peaceful exit. But let us not rewrite history to suit sentiment. Dr Mahathir, now approaching 100, was once Abdullah's most unrelenting critic. Mahathir's loud and persistent attacks from outside the government sowed dissent within UMNO and the public alike, setting in motion the events that would lead to Abdullah's resignation in 2009. At every turn, Mahathir questioned Abdullah's leadership, direction, and integrity—relentlessly hammering away at the legitimacy of his successor's tenure. And yet today, he praises the very qualities he once disparaged. Abdullah, known...