Skip to main content

Laluan Sukar Syed Saddiq Kekalkan Kerusi Muar


Baru-baru ini, penganalisis politik meramalkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memiliki peluang baik untuk mengekalkan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) sekiranya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon.

Syed Saddiq dijangka boleh mengekalkan kerusi itu jika berlaku perpecahan undi antara BN dan PH.

Namun, perkara itu dilihat sebagai mustahil dengan mengambil kira beberapa faktor penting dalam arena politik tempatan ketika ini.

Ada juga penganalisis yang berpendapat PKR berada pada kedudukan terbaik untuk memenangi kerusi Muar sekiranya bertanding menentang Syed Saddiq.

SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/701802/berita/politik/amanah-johor-cadang-kerusi-parlimen-muar-dun-puteri-wangsa-ditandingi-ph


Kemenangan Syed Saddiq di Muar dalam dua pilihan raya sebelum ini banyak dibantu dengan sokongan jentera gabungan PH.

Pada PRU-14, Syed Saddiq menang selesa dengan majoriti 6,953 undi.

Namun pada PRU-15, beliau mengekalkan kerusi Muar namun dengan majoriti yang jauh lebih rendah iaitu 1,345 undi.

Margin yang mengecil itu memberi isyarat jelas bahawa Muar bukan 'kubu peribadi' buat Syed Saddiq namun merupakan sebuah kerusi yang kompetitif serta mudah goyah.

Landskap politik selepas 2023 berubah dengan ketara.

Parti MUDA beralih menjadi pembangkang sebagai kuasa ketiga dan menjarakkan diri daripada PH di peringkat Persekutuan serta negeri.

Tanpa payung gabungan besar, kekuatan jentera, kewangan dan rangkaian akar umbi, pengaruh MUDA nyata lebih terhad berbanding parti arus perdana.

Dalam pertembungan sebenar di lapangan, faktor-faktor inilah yang menentukan sama ada Syed Saddiq mampu mengekalkan kerusinya atau tidak serta bukannya bersandarkan populariti di media sosial semata-mata.

SUMBER: https://malaysiagazette.com/2025/08/29/pkr-pilihan-paling-tepat-rampas-kerusi-parlimen-muar-pada-pru-16/


Situasi pecah undi hanya akan menguntungkan Syed Saddiq jika beliau memiliki asas penyokong tegar yang kuat, jentera kempen yang mantap dan kadar penerimaan rakyat yang tinggi.

Rekod PRU-15 menunjukkan Syed Saddiq hanya menang tipis walaupun masih 'memanfaatkan' jenama PH.

Tanpa hubungan dengan PH, sukar untuk Syed Saddiq mengalihkan sokongan pengundi tegar PH terutamanya penyokong parti komponen seperti DAP untuk mengundinya.

Muar memiliki ramai pengundi Cina dan apabila Syed Saddiq tidak lagi bernaung di bawah payung PH, maka sudah tentu bakal menjejaskan undiannya pada pilihan raya akan datang.

SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/278258/berita/politik/syed-saddiq-menang-di-muar-dengan-sokongan-dap-ph---anthony-loke


Apabila menjadi ahli Parlimen yang bernaung di bawah parti kecil, ruang akses kepada peruntukan dan keupayaan melobi jauh lebih sempit.

Di sinilah berlakunya realpolitik yang menolak romantisme.

Para pengundi kebiasaannya akan menilai keberkesanan seseorang wakil rakyat membawa masuk sumber atau dana dalam menyelesaikan isu-isu seperti infrastruktur, pendidikan, kesihatan dan belia.

Dalam konteks itu, seorang wakil rakyat yang disokong oleh gabungan parti besar, lazimnya mempunyai laluan lebih jelas untuk menyalurkan perkhidmatan serta projek yang diselaraskan oleh kerajaan negeri atau Persekutuan.

Selain itu, meskipun Syed Saddiq dibebaskan daripada empat pertuduhan pecah amanah, namun pendakwa raya telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut.

Walaupun secara prinsipnya, Syed Saddiq tidak bersalah namun apabila seseorang ahli politik terhimpit dengan isu perundangan, perkara itu tetap menjadi faktor yang boleh menghakis sokongan rakyat.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/749638


Tuntasnya, Syed Saddiq sukar untuk mengekalkan kerusi Muar selepas mengambil kira faktor dari segi sokongan, pengaruh dan kontroversi yang membelenggunya.

Sekiranya PH-BN masih bersatu dalam PRU-16, Muar berkemungkinan besar bukan lagi milik Syed Saddiq.

Buat masa ini, Syed Saddiq disifatkan hanya 'menumpang' kerusi yang diberikan secara 'simpati' oleh PH.

Apabila Syed Saddiq mengumumkan mahu menjadi 'kuasa ketiga', beliau telah memilih jalan yang sukar untuk mengekalkan kerusi Muar.

Comments

Popular posts from this blog

MUDA Gagal Beri Nilai Tambah

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS hanya memperoleh 1,106 undi. Angka berkenaan adalah sangat rendah berbanding calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Bakir dengan 11,065 undi dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek (6,059 undi). Justeru, kekalahan terbabit mencerminkan kegagalan kerjasama politik antara PSM dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Walaupun kedua-dua parti tersebut mempromosikan kerjasama terbabit sebagai 'usaha blok ketiga' namun keputusan PRK itu mengundang satu persoalan besar. Mengapa PSM bekerjasama dengan MUDA? SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/04/27/official-results-bns-mohamad-yusri-clinches-ayer-kuning-by-election-with-5006-vote-majority/174610 MUDA sejak awal penubuhannya membawa aspirasi politik baharu iaitu memperjuangkan suara anak muda, integriti dan perubahan. Namun naratif tersebut kian pudar, terutama sele...

Syed Saddiq 'Kecewakan' Pengundi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah 'dijulang' sebagai muka baharu dalam arena politik tempatan kerana kerap memperjuangkan isu berkaitan golongan muda pada awal pembabitannya. Beliau sering tampil dengan imej progresif, lantang bersuara dan dianggap sebagai pembawa suara generasi muda untuk masa hadapan. Namun, perjalanan politiknya tidak seindah yang diharapkan oleh kebanyakan pihak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Saddiq menunjukkan kegagalan besar dalam soal integriti dan menjadi teladan kepada imej politik anak muda. Pelbagai isu atau kontroversi membelenggu perjalanan politiknya sehingga imejnya terjejas teruk.  Kontroversi paling besar yang menyelubungi karier politik Syed Saddiq adalah pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebat...

Keikhlasan Penyatuan Melayu Mahathir Diragui

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa kemelut dalam Bersatu tidak akan mengganggu perjuangannya dalam menyatukan orang Melayu. Mahathir mengatakan sebarang pertikaian dalam parti merupakan isu dalaman dan tidak wajar dianggap sebagai bibit perpecahan dalam perjuangan utama untuk memartabatkan bangsa Melayu. Namun, agenda perpaduan Melayu yang bagaimana mahu diperjuangkan oleh Mahathir? Paling penting, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas atau sekadar modal politik lama yang terus dimainkan demi mengekalkan pengaruhnya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/06/dr-m-tak-jujur-sebut-orang-melayu-berpecah-lepas-berundur-kata-bekas-timbalan-menteri Dalam konteks politik semasa, naratif perpaduan Melayu yang sering dimainkan Mahathir kelihatan semakin kehilangan kredibilitinya. Situasi itu didorong oleh realiti bahawa Mahathir merupakan faktor utama kepada perpecahan politik Melayu sejak lebih kurang empat dekad lalu. Mahathir serin...