Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini membuat kenyataan yang mengelirukan pelbagai pihak. Dalam catatan media sosialnya, Mahathir mengakui kegagalannya menyatukan orang Melayu meskipun telah berusaha selama lebih dua tahun. Mahathir juga mendakwa beliau bimbang negara ini bakal terlepas dari tangan orang Melayu sekiranya perpecahan terus berlaku. Adakah itu satu pengakuan jujur daripada seorang pemimpin yang akhirnya berdepan dengan realiti atau sekadar strategi retorik untuk meraih simpati kaum Melayu menjelang pilihan raya? Pengakuan itu seolah-olah merupakan puncak hipokrasi dalam karier politik Mahathir kerana beliau adalah arkitek utama perpecahan Melayu selama berdekad-dekad. Namun kini beliau cuba meletakkan kesalahan pada orang Melayu sendiri. SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2026/05/07/ive-failed-to-unite-the-malays-says-dr-m Sejarah politik Mahathir penuh dengan bukti bahawa beliau bukanlah individu yang menyatukan orang M...