Skip to main content

Pengakuan Mahathir Hanya Strategi Raih Simpati



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini membuat kenyataan yang mengelirukan pelbagai pihak.

Dalam catatan media sosialnya, Mahathir mengakui kegagalannya menyatukan orang Melayu meskipun telah berusaha selama lebih dua tahun.

Mahathir juga mendakwa beliau bimbang negara ini bakal terlepas dari tangan orang Melayu sekiranya perpecahan terus berlaku.

Adakah itu satu pengakuan jujur daripada seorang pemimpin yang akhirnya berdepan dengan realiti atau sekadar strategi retorik untuk meraih simpati kaum Melayu menjelang pilihan raya?

Pengakuan itu seolah-olah merupakan puncak hipokrasi dalam karier politik Mahathir kerana beliau adalah arkitek utama perpecahan Melayu selama berdekad-dekad.

Namun kini beliau cuba meletakkan kesalahan pada orang Melayu sendiri. 

SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2026/05/07/ive-failed-to-unite-the-malays-says-dr-m



Sejarah politik Mahathir penuh dengan bukti bahawa beliau bukanlah individu yang menyatukan orang Melayu, sebaliknya penyumbang utama kepada perpecahan tersebut.

Bermula daripada buku The Malay Dilemma pada 1970 yang menjadi asas ideologi Ketuanan Melayu agresif, Mahathir telah membina naratif bahawa orang Melayu sentiasa terancam dan memerlukan perlindungan berterusan.

Walaupun dasar seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) bertujuan mengangkat ekonomi orang Melayu, pelaksanaan polisi itu di bawah pentadbirannya telah melahirkan kelas elit berstatus kroni yang mengaut kekayaan manakala majoriti Melayu kekal dalam kemiskinan relatif.

Semasa menjadi Perdana Menteri keempat, Mahathir sering menggunakan isu perpaduan Melayu sebagai senjata politik.

Krisis UMNO 1987 yang membawa kepada pemecatan Team B, termasuk Tengku Razaleigh Hamzah, telah memecahkan parti Melayu terbesar.

Operasi Lalang 1987 bukan sahaja menindas pembangkang malah meningkatkan jurang antara sesama orang Melayu.

Pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 dan penubuhan Parti Keadilan Nasional yang kemudiannya dinamakan sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan titik perpecahan besar orang Melayu.

Anwar, yang pernah menjadi anak didik Mahathir, menjadi simbol 'pertarungan' melibatkan kedua-duanya sehingga memecahkan undi Melayu selama lebih dua dekad. 

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/686595



Kembalinya Mahathir pada 2018 bersama Pakatan Harapan (PH) sepatutnya merupakan peluang keemasan buat dirinya untuk menyatukan Melayu.

Namun, kerajaan PH tumbang pada 2020 akibat Langkah Sheraton, yang dikaitkan dengan ketidakpuasan penyokong Melayu terhadap pentadbiran beliau yang dianggap terlalu bergantung kepada DAP.

Mahathir meletak jawatan secara mengejut, sekali gus mencetuskan krisis politik.

Selepas itu, beliau menubuhkan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tetapi gagal mendapat sokongan besar.

Usaha menyatukan orang Melayu selepas 2022 juga tidak berhasil.

Sehingga kini beliau masih mengeluarkan kenyataan tentang bahaya perpecahan akibat terlalu banyak parti Melayu, namun ironinya Mahathir sendiri menyumbang kepada situasi berkenaan. 

SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2026/04/02/pemimpin-dakwa-dr-m-kontradik-bidas-perpecahan-tapi-sendiri-tubuh-banyak-parti



Dari segi dasar, pendekatan Mahathir sentiasa berbentuk konfrontasi.

Wawasan 2020 yang kononnya mahu melahirkan 'Bangsa Malaysia' akhirnya gagal kerana beliau kembali kepada retorik ketuanan Melayu.

Ekonomi orang Melayu masih bergantung kepada kuota dan subsidi, bukannya kepada daya saing sebenar.

Sehingga kini, masalah kemiskinan bandar, pengangguran belia dan ketagihan dadah masih membelenggu masyarakat Melayu.

Hubungan dengan parti-parti Melayu seperti PAS dan Bersatu juga gagal diurus dengan bijak oleh Mahathir.

Percubaan untuk bersatu antara parti Melayu di bawah satu payung selepas 2020 sering runtuh kerana sikap Mahathir yang tidak mahu berkompromi.

Akibatnya, undi Melayu terus berpecah antara PN, BN dan PH. 

SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/pandangan/2026/04/06/dr-m-sekali-lagi-salahkan-orang-melayu-atas-perpecahan-akibat-dirinya



Tuntasnya, kenyataan Mahathir yang menyalahkan orang Melayu kerana mengutamakan pemimpin berbanding nasib bangsa, jelas menunjukkan beliau masih mengakui penglibatannya dalam perpecahan di negara ini.

Selama lebih 20 tahun memerintah, Mahathir mempunyai banyak peluang untuk membina perpaduan menrusi pendidikan, ekonomi inklusif dan budaya politik yang matang.

Namun, yang ditinggalkan hanyalah legasi perpecahan orang Melayu.

Mahathir gagal menyatukan Melayu kerana beliau sendiri sebahagian daripada masalah tersebut.

Bagi generasi muda Melayu, inilah masa untuk membina perpaduan yang tulen berasaskan harapan dan kemampuan sendiri, bukan percaya kepada naratif kosong yang dilontarkan oleh Mahathir. 

Comments

Popular posts from this blog

Syed Saddiq 'Kecewakan' Pengundi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah 'dijulang' sebagai muka baharu dalam arena politik tempatan kerana kerap memperjuangkan isu berkaitan golongan muda pada awal pembabitannya. Beliau sering tampil dengan imej progresif, lantang bersuara dan dianggap sebagai pembawa suara generasi muda untuk masa hadapan. Namun, perjalanan politiknya tidak seindah yang diharapkan oleh kebanyakan pihak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Saddiq menunjukkan kegagalan besar dalam soal integriti dan menjadi teladan kepada imej politik anak muda. Pelbagai isu atau kontroversi membelenggu perjalanan politiknya sehingga imejnya terjejas teruk.  Kontroversi paling besar yang menyelubungi karier politik Syed Saddiq adalah pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebat...

Keikhlasan Penyatuan Melayu Mahathir Diragui

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa kemelut dalam Bersatu tidak akan mengganggu perjuangannya dalam menyatukan orang Melayu. Mahathir mengatakan sebarang pertikaian dalam parti merupakan isu dalaman dan tidak wajar dianggap sebagai bibit perpecahan dalam perjuangan utama untuk memartabatkan bangsa Melayu. Namun, agenda perpaduan Melayu yang bagaimana mahu diperjuangkan oleh Mahathir? Paling penting, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas atau sekadar modal politik lama yang terus dimainkan demi mengekalkan pengaruhnya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/06/dr-m-tak-jujur-sebut-orang-melayu-berpecah-lepas-berundur-kata-bekas-timbalan-menteri Dalam konteks politik semasa, naratif perpaduan Melayu yang sering dimainkan Mahathir kelihatan semakin kehilangan kredibilitinya. Situasi itu didorong oleh realiti bahawa Mahathir merupakan faktor utama kepada perpecahan politik Melayu sejak lebih kurang empat dekad lalu. Mahathir serin...

Laluan Sukar Syed Saddiq Kekalkan Kerusi Muar

Baru-baru ini, penganalisis politik meramalkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memiliki peluang baik untuk mengekalkan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) sekiranya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon. Syed Saddiq dijangka boleh mengekalkan kerusi itu jika berlaku perpecahan undi antara BN dan PH. Namun, perkara itu dilihat sebagai mustahil dengan mengambil kira beberapa faktor penting dalam arena politik tempatan ketika ini. Ada juga penganalisis yang berpendapat PKR berada pada kedudukan terbaik untuk memenangi kerusi Muar sekiranya bertanding menentang Syed Saddiq. SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/701802/berita/politik/amanah-johor-cadang-kerusi-parlimen-muar-dun-puteri-wangsa-ditandingi-ph Kemenangan Syed Saddiq di Muar dalam dua pilihan raya sebelum ini banyak dibantu dengan sokongan jentera gabungan PH. Pada PRU-14, Syed Saddiq menang selesa dengan majoriti 6,953 undi. Namun pada PRU-15, beliau mengekalkan ...