Skip to main content

Keikhlasan Penyatuan Melayu Mahathir Diragui



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa kemelut dalam Bersatu tidak akan mengganggu perjuangannya dalam menyatukan orang Melayu.

Mahathir mengatakan sebarang pertikaian dalam parti merupakan isu dalaman dan tidak wajar dianggap sebagai bibit perpecahan dalam perjuangan utama untuk memartabatkan bangsa Melayu.

Namun, agenda perpaduan Melayu yang bagaimana mahu diperjuangkan oleh Mahathir?

Paling penting, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas atau sekadar modal politik lama yang terus dimainkan demi mengekalkan pengaruhnya?

SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/06/dr-m-tak-jujur-sebut-orang-melayu-berpecah-lepas-berundur-kata-bekas-timbalan-menteri



Dalam konteks politik semasa, naratif perpaduan Melayu yang sering dimainkan Mahathir kelihatan semakin kehilangan kredibilitinya.

Situasi itu didorong oleh realiti bahawa Mahathir merupakan faktor utama kepada perpecahan politik Melayu sejak lebih kurang empat dekad lalu.

Mahathir sering membayangkan dirinya sebagai pelindung kepada kaum Melayu.

Namun, perpecahan orang Melayu tidak terjadi secara semula jadi, tetapi terbentuk melalui konflik dalaman parti, perebutan kuasa dan keputusan politik yang dibuat ketika era Mahathir.

Krisis UMNO pada 1987, kemunculan Semangat 46, penubuhan UMNO Baru, keluar masuk UMNO, penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), kemudiannya PEJUANG dan Gerakan Tanah Air (GTA), semuanya berlaku dalam orbit politik Mahathir.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/400538



Naratif Melayu yang dibawa Mahathir sering menggunakan tema 'kaum lain menguasai ekonomi', 'Melayu terancam' atau 'hak Melayu sedang dirampas'.

Adakah beliau benar-benar mahu membela orang Melayu atau hanya sekadar membina sentimen kebencian kepada kaum lain untuk meraih sokongan politik?

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Mahathir lantang mengkritik pihak seperti kerajaan yang didakwa tidak memperjuangkan nasib orang Melayu.

Kritikan-kritikan itu bagaimanapun memperlihatkan corak politik lapuk yang tidak lagi relevan kepada generasi baharu.

Lebih membimbangkan, kenyataan sedemikian membuka ruang kepada elemen kebencian antara kaum, sesuatu yang Malaysia harus elakkan khususnya dalam fasa pemulihan kestabilan politik dan ekonomi.

SUMBER: https://harakahdaily.net/2018/01/mahathir-khianati-melayu-ketika-berkuasa/



Jika Mahathir benar-benar peduli tentang perpaduan Melayu, beliau sepatutnya mendukung proses rundingan, pengukuhan institusi dan pembentukan pemimpin muda.

Namun, Mahathir kuat mengkritik para pemimpin muda khususnya ketika era pemerintahannya kerana dianggap ancaman politik buat dirinya.

Mahathir turut menyebarkan sentimen kebencian kepada orang ramai berhubung parti-parti kaum lain seperti DAP kerana mahu terus kekal relevan.

Selain itu, beliau kerap membentuk entiti baharu dengan tema 'selamatkan Melayu' tetapi semuanya gagal memperoleh sokongan rakyat, bukti bahawa masalahnya bukan terletak kepada Melayu tetapi Mahathir sendiri.

Mahathir juga sering menganggap dirinya sentiasa betul, sekali gus menyebabkan perpaduan dalam negara ini mustahil untuk dicapai.

SUMBER: https://umno-online.my/2018/09/09/melayu-gagal-atau-mahathir-gagal/



Tuntasnya, kenyataan Mahathir bahawa kemelut Bersatu tidak menjejaskan perpaduan Melayu hanyalah satu lagi contoh beliau cuba mengawal naratif politik berteraskan kaum untuk kepentingan diri sendiri.

Realitinya, Mahathir punca perpecahan Melayu sejak 1980-an lagi.

Beliau menubuhkan terlalu banyak parti kecil yang memecahkan undi orang Melayu.

Perpaduan Melayu tidak akan terhasil melalui retorik kebencian dan hanya boleh dicapai melalui dasar ekonomi kukuh, institusi pemerintahan yang bersih, pendidikan yang menyeluruh serta kepimpinan baharu yang tidak dibayangi dendam politik masa lalu.

Dalam konteks ini, jelas bahawa Mahathir bukan lagi yang menyatukan Melayu malah punca terbesar kepada perpecahan itu sendiri. 

Comments

Popular posts from this blog

MUDA Gagal Beri Nilai Tambah

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS hanya memperoleh 1,106 undi. Angka berkenaan adalah sangat rendah berbanding calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Bakir dengan 11,065 undi dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek (6,059 undi). Justeru, kekalahan terbabit mencerminkan kegagalan kerjasama politik antara PSM dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Walaupun kedua-dua parti tersebut mempromosikan kerjasama terbabit sebagai 'usaha blok ketiga' namun keputusan PRK itu mengundang satu persoalan besar. Mengapa PSM bekerjasama dengan MUDA? SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/04/27/official-results-bns-mohamad-yusri-clinches-ayer-kuning-by-election-with-5006-vote-majority/174610 MUDA sejak awal penubuhannya membawa aspirasi politik baharu iaitu memperjuangkan suara anak muda, integriti dan perubahan. Namun naratif tersebut kian pudar, terutama sele...

Syed Saddiq 'Kecewakan' Pengundi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah 'dijulang' sebagai muka baharu dalam arena politik tempatan kerana kerap memperjuangkan isu berkaitan golongan muda pada awal pembabitannya. Beliau sering tampil dengan imej progresif, lantang bersuara dan dianggap sebagai pembawa suara generasi muda untuk masa hadapan. Namun, perjalanan politiknya tidak seindah yang diharapkan oleh kebanyakan pihak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Saddiq menunjukkan kegagalan besar dalam soal integriti dan menjadi teladan kepada imej politik anak muda. Pelbagai isu atau kontroversi membelenggu perjalanan politiknya sehingga imejnya terjejas teruk.  Kontroversi paling besar yang menyelubungi karier politik Syed Saddiq adalah pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebat...