Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Krisis Kehakiman

Mahathir Pemecah Belah Negara

Memasuki usia seratus tahun, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih enggan duduk diam. Beliau yang pernah dijulang sebagai artikek Malaysia moden kini dianggap sebagai figura yang mencetuskan kontroversi demi kontroversi. Mahathir sepatutnya dikenang kerana legasinya terhadap pemodenan Malaysia. Namun kenangan itu bertukar menjadi kebencian ekoran tuduhan, kenyataan kontroversi dan usaha berterusan daripada Mahathir untuk menjatuhkan kerajaan. SUMBER: https://malay.today/2025/02/19/tun-mahathir-arkitek-malaysia-moden-yang-penuh-kontroversi/ Salah satu kontroversi terbesar Mahathir adalah dakwaan pengkhianatan negara berhubung isu Pulau Batu Puteh. Kehilangan Pulau Batu Puteh bukanlah satu kesilapan, tetapi satu bentuk keputusan yang dilakukan dengan sengaja oleh kerajaan Mahathir pada 2018. Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) telah mengesyorkan siasatan jenayah terhadap Mahathir kerana beliau didakwa sengaja menggalakkan Kabinet ketika era pemerintahanya s...

Bukti Mahathir Seorang Diktator

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini menafikan bahawa beliau merupakan seorang pemimpin diktator sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri. Penafian itu bagaimanapun tidak berasas sama sekali. Bagaimana seorang politikus yang pernah mencetuskan Ops Lalang 1987, mengubah struktur kehakiman melalui Krisis Kehakiman 1988, membubarkan UMNO dan menubuhkan UMNO baharu, tetap menegaskan dirinya bukan diktator? Kesemua peristiwa itu bukan direka atau ditokok tambah oleh sesiapa. Ironinya, semua kejadian terbabit berlaku di bawah pentadbiran beliau, bukan secara kebetulan tetapi keputusan serta tindakan yang Mahathir sendiri benarkan. SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/370126 Ops Lalang pada Oktober 1987 merupakan antara detik paling gelap dalam sejarah politik Malaysia. Lebih 100 individu termasuk ahli politik pembangkang, aktivis, pendidik dan pemimpin masyarakat ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Meskipun Mahathir sering mendakwa bahawa P...