Skip to main content

Mahathir Pemecah Belah Negara

Memasuki usia seratus tahun, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih enggan duduk diam.

Beliau yang pernah dijulang sebagai artikek Malaysia moden kini dianggap sebagai figura yang mencetuskan kontroversi demi kontroversi.

Mahathir sepatutnya dikenang kerana legasinya terhadap pemodenan Malaysia.

Namun kenangan itu bertukar menjadi kebencian ekoran tuduhan, kenyataan kontroversi dan usaha berterusan daripada Mahathir untuk menjatuhkan kerajaan.

SUMBER: https://malay.today/2025/02/19/tun-mahathir-arkitek-malaysia-moden-yang-penuh-kontroversi/

Salah satu kontroversi terbesar Mahathir adalah dakwaan pengkhianatan negara berhubung isu Pulau Batu Puteh.

Kehilangan Pulau Batu Puteh bukanlah satu kesilapan, tetapi satu bentuk keputusan yang dilakukan dengan sengaja oleh kerajaan Mahathir pada 2018.

Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) telah mengesyorkan siasatan jenayah terhadap Mahathir kerana beliau didakwa sengaja menggalakkan Kabinet ketika era pemerintahanya sebagai Perdana Menteri ketujuh untuk tidak meneruskan prosedur semakan kes ke atas Pulau Batu Puteh.

Fakta bahawa seorang bekas Perdana Menteri terbabit dengan kehilangan pemilikan Pulau Batu Puteh yang menjadi antara simbol kedaulatan negara, merupakan 'noda' yang besar.

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1333098/rci-batu-puteh-syor-siasatan-jenayah-terhadap-dr-mahathir

Lebih membimbangkan adalah corak kenyataan kontroversi berbentuk perkauman yang sering dilontarkan oleh Mahathir.

Mahathir sebelum ini mempersoalkan kesetiaan kaum India di negara ini dan mempertikaikan penggunaan chopstick dalam kalangan masyarakat Cina sehingga mengganggu proses asimilasi mereka di negara ini.

Beliau turut mendakwa Tanah Melayu semakin hilang kerana orang Melayu di negara ini menjual tanah milik mereka kepada kaum bukan Melayu.

Mahathir seolah-olah lupa bahawa Malaysia adalah negara majmuk yang dibina atas prinsip Perlembagaan, bukan atas konsep ketuanan satu kaum semata-mata.

Kenyataan-kenyataan sedemikian bukan sahaja memecahbelahkan rakyat, malah menghalang usaha membina negara yang progresif serta inklusif.

SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dr-mahathir-tidak-harus-persoal-kesetiaan-orang-india-cina-di-malaysia-gobind-454012

Hipokrasi Mahathir berhubung isu seperti kleptokrasi turut semakin ketara.

Dahulu, beliau lantang menyerang 'kerajaan kleptokrat' Datuk Seri Najib Tun Razak dan kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kini, Mahathir sendiri berdepan siasatan rasuah antarabangsa mengenai aset yang berada di luar negara, manakala anak-anaknya terkait dengan pelbagai pemberian tender kerajaan tidak sah ketika zaman pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri.

Dakwaan kronisme kepada individu tertentu semasa pemerintahannya selama 22 tahun masih menjadi kritikan sehingga ke hari ini.

Beliau juga individu yang menghalang kebebasan media dan 'menindas' pembangkang ketika Operasi Lalang serta melemahkan institusi kehakiman sewaktu Krisis Kehakiman 1988 untuk tujuan kepentingan peribadinya.

SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/749317/berita/semasa/siasatan-aset-tun-m-di-uk-switzerland-masih-berjalan---azam-baki

Tuntasnya, Mahathir yang sebelum ini mendakwa beliau adalah penyelamat Malaysia, kini dilihat sebagai punca pemecah belah negara.

Di usia 100 tahun, beliau sepatutnya menjadi penasihat yang bijaksana, bukannya penghasut yang masih dahagakan kuasa.

Legasinya yang dulu gemilang kini semakin pudar, ditenggelami oleh tindakannya yang mengutamakan egonya sendiri dan naratif perkauman berbanding kepentingan negara.

Mahathir merupakan beban kepada usaha Malaysia yang mahu bergerak ke arah lebih matang dan bersatu.

Comments

Popular posts from this blog

Syed Saddiq 'Kecewakan' Pengundi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah 'dijulang' sebagai muka baharu dalam arena politik tempatan kerana kerap memperjuangkan isu berkaitan golongan muda pada awal pembabitannya. Beliau sering tampil dengan imej progresif, lantang bersuara dan dianggap sebagai pembawa suara generasi muda untuk masa hadapan. Namun, perjalanan politiknya tidak seindah yang diharapkan oleh kebanyakan pihak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Saddiq menunjukkan kegagalan besar dalam soal integriti dan menjadi teladan kepada imej politik anak muda. Pelbagai isu atau kontroversi membelenggu perjalanan politiknya sehingga imejnya terjejas teruk.  Kontroversi paling besar yang menyelubungi karier politik Syed Saddiq adalah pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebat...

Keikhlasan Penyatuan Melayu Mahathir Diragui

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa kemelut dalam Bersatu tidak akan mengganggu perjuangannya dalam menyatukan orang Melayu. Mahathir mengatakan sebarang pertikaian dalam parti merupakan isu dalaman dan tidak wajar dianggap sebagai bibit perpecahan dalam perjuangan utama untuk memartabatkan bangsa Melayu. Namun, agenda perpaduan Melayu yang bagaimana mahu diperjuangkan oleh Mahathir? Paling penting, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas atau sekadar modal politik lama yang terus dimainkan demi mengekalkan pengaruhnya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/06/dr-m-tak-jujur-sebut-orang-melayu-berpecah-lepas-berundur-kata-bekas-timbalan-menteri Dalam konteks politik semasa, naratif perpaduan Melayu yang sering dimainkan Mahathir kelihatan semakin kehilangan kredibilitinya. Situasi itu didorong oleh realiti bahawa Mahathir merupakan faktor utama kepada perpecahan politik Melayu sejak lebih kurang empat dekad lalu. Mahathir serin...

Laluan Sukar Syed Saddiq Kekalkan Kerusi Muar

Baru-baru ini, penganalisis politik meramalkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memiliki peluang baik untuk mengekalkan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) sekiranya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon. Syed Saddiq dijangka boleh mengekalkan kerusi itu jika berlaku perpecahan undi antara BN dan PH. Namun, perkara itu dilihat sebagai mustahil dengan mengambil kira beberapa faktor penting dalam arena politik tempatan ketika ini. Ada juga penganalisis yang berpendapat PKR berada pada kedudukan terbaik untuk memenangi kerusi Muar sekiranya bertanding menentang Syed Saddiq. SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/701802/berita/politik/amanah-johor-cadang-kerusi-parlimen-muar-dun-puteri-wangsa-ditandingi-ph Kemenangan Syed Saddiq di Muar dalam dua pilihan raya sebelum ini banyak dibantu dengan sokongan jentera gabungan PH. Pada PRU-14, Syed Saddiq menang selesa dengan majoriti 6,953 undi. Namun pada PRU-15, beliau mengekalkan ...