Skip to main content

Posts

Showing posts with the label anak muda

MUDA Terlalu Fokus Pada Imej

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) baru-baru ini memperkenalkan penjenamaan semula logo parti itu. Menurut MUDA, huruf ‘D’ disertakan dengan tiga garis melambangkan proses demokratik dan hak rakyat untuk memilih. Tambah kenyataan parti berkenaan, itu merupakan komitmen Muda terhadap hak setiap warganegara menyuarakan pandangan dan memainkan peranan dalam proses politik negara. Selain itu, warna kuning pula melambangkan harapan yang tidak padam manakala warna hitam mencerminkan kekuatan Muda dalam menghadapi cabaran serta rintangan. Kalau diteliti, MUDA cuba untuk memperbaharui imej dan menarik lebih ramai penyokong menerusi pengenalan logo baharu. Namun dalam konteks politik Malaysia yang semakin kompetitif, logo baharu sebenarnya tidak boleh menjadi fokus utama, sebaliknya perlu memperkasakan strategi dan menawarkan dasar lebih kukuh bagi menyaingi parti-parti lain. SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/692098/berita/politik/muda-fest-simbolik-generasi-muda-bangkit-tolak...

MUDA Hanya Wadah Cita-Cita Syed Saddiq

Dalam suhu politik Malaysia yang semakin mencabar dan kompleks, munculnya Parti MUDA yang ditubuhkan pada 2020. MUDA pada asalnya dipandang sebagai satu parti yang boleh mencabar parti-parti politik tradisional negara ini. Dipimpin oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, MUDA adalah sebuah parti yang dilihat sebagai saluran bagi memperjuangkan aspirasi generasi muda. Namun, adakah MUDA benar-benar sebuah wadah demokrasi golongan muda atau sekadar alat untuk memenuhi cita-cita politik Syed Saddiq sendiri? Sumber: https://www.astroawani.com/berita-politik/parti-muda-ujikaji-politik-atau-klon-pkr-20-346614 Syed Saddiq merupakan salah seorang ahli politik muda yang kerap mendapat perhatian kerana memperjuangkan pelbagai isu semasa dan dianggap berkarisma. Namun, dalam konteks kepemimpinan politik, karisma seseorang individu tidak semestinya menjamin keberkesanan sesebuah parti. Fokus yang berlebihan diberikan kepada Syed Saddiq sebagai pemimpin dan 'wajah' MUDA, kerap kali menimbulkan...