Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Sabah

Mahathir Hanya Bantu Melayu 'Terpilih'

Sejak berpuluh tahun lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerap mendakwa beliau merupakan pejuang orang Melayu yang sejati. Melalui buku The Malay Dilemma, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dipergiatkan dan Wawasan 2020, beliau berulang kali menjanjikan pembangunan serta kemajuan untuk kaum Melayu. Namun, realitinya hingga kini menceritakan kisah yang amat berbeza. Anak-anak Mahathir terutamanya Mirzan, Mokhzani dan Mukhriz tergolong dalam kalangan manusia terkaya di Malaysia. Namun majoriti orang Melayu masih bergelut dengan kemiskinan, masalah jurang pendapatan dan terpinggir daripada aspek ekonomi. Mengapa Mahathir begitu 'berkesan' membantu anak-anaknya mengumpul kekayaan luar biasa namun gagal menaikkan golongan marhaen Melayu dengan cara yang sama? SUMBER: https://malaysiagazette.com/2023/06/29/nasib-melayu-gagal-semasa-tun-m-berkuasa/ Pada 2025, dua anak lelaki Mahathir, Tan Sri Mokhzani Mahathir dan Datuk Seri Mirzan Mahathir, telah mengisytiharkan aset mas...

Mahathir Started The Culture of Impunity

Tun Dr Mahathir Mohamad’s latest remarks about Malaysia’s football naturalisation scandal were clearly meant to sound like a statesman’s moral warning, a lecture on honesty, integrity, and national shame. But for many Malaysians, it came across as tone-deaf and hypocritical. When Mahathir condemns “powerful individuals who think they are above the law,” he conveniently forgets that his own political career was built on precisely that principle. It was during Mahathir’s long rule that Malaysia’s judiciary endured one of its darkest episodes. The 1988 judicial crisis, which saw Lord President Tun Salleh Abas and several Supreme Court judges dismissed, marked a turning point in our history. It was Mahathir’s government that eroded judicial independence, punishing judges who dared to rule against the executive. The courts were turned into tools of political convenience, and the damage took decades to repair. For someone who once insisted that “judges must follow government policy,” Mah...

Mahathir Punca Krisis Sabah

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini mendakwa tiada calon yang layak untuk memimpin Sabah ketika ini. Beliau mendakwa budaya politik yang didorong oleh personaliti ahli politik, parti dan suku kaum telah menjadi isu besar dalam pembentukan kerajaan negeri yang baik. Namun, kenyataan itu merupakan kata-kata yang sinis dan tidak bertanggungjawab daripada Mahathir. Kenyataan tersebut pula datang daripada seorang bekas Perdana Menteri yang pernah 'merosakkan' politik negeri itu suatu masa dulu. SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2018/01/01/sabahans-wont-forgive-dr-m-for-projek-ic-says-sabah-leader/1543601 Hakikatnya, ketika era pentadbiran Mahathir sebagai Perdana Menteri keempat, Sabah menjadi mangsa kepada permainan politiknya. Di bawah pentadbirannya, projek kontroversi yang dikenali sebagai 'Projek IC' atau 'Projek M' dilaksanakan, sekali gus menyebabkan perubahan besar dalam demografi, politik dan kestabilan sosial ...

MUDA Ulangi Strategi Gagal Di Sabah

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) baru-baru ini mengumumkan perancangan mereka untuk bertanding di 10 buah kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kelak. Menurut ketua sayap parti berkenaan di Sabah, Faezrah Rizalman, MUDA akan memberi fokus kepada kerusi di kawasan bandar. Ujarnya, langkah itu dibuat kerana MUDA sebelum ini pernah bertanding di kawasan luar bandar, namun gagal mendapat sokongan. Strategi tersebut bagaimanapun mencetuskan persoalan sama ada MUDA benar-benar belajar daripada kegagalan lalu. Adakah MUDA menjangkakan mereka mampu menang apabila bertanding di kawasan bandar? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2025/04/27/muda-eyes-10-seats-in-sabah-elections MUDA meletakkan harapan bahawa pengundi di kawasan bandar yang biasanya terdiri daripada golongan muda, kelas menengah, celik digital dan berpendidikan, lebih cenderung kepada politik progresif. Visi tersebut yang dibawa oleh MUDA sejak penubuhannya pada 2020. Justeru, pendekatan untu...

MUDA Sabah Di Ambang Kejatuhan

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) kini berdepan dengan krisis yang serius di Borneo, khususnya di Sabah. Baru-baru ini, lebih daripada 400 ahli MUDA Sabah meletakkan jawatan kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti di negeri tersebut. Antara ahli yang mengundurkan diri daripada parti berkenaan adalah Pengerusi MUDA Sabah, Amos Thien; Setiausaha MUDA Sabah, Warence Mudin; Ketua Biro Keluarga & Gender MUDA Sabah, Karen Rachel Haris bersama jawatankuasanya dan Ketua Parlimen Kota Belud Junaidi Ahyak bersama ahlinya. Ini bukan kali pertama MUDA berdepan situasi seperti ini dan situasi peletakan jawatan beramai-ramai mencetuskan tanda tanya tentang nasib parti berkenaan di Sabah. Adakah MUDA perlu menutup sayapnya di Sabah atau bertahan selama yang mungkin? Rujukan: https://www.utusanborneo.com.my/2024/08/11/400-ahli-muda-semporna-beberapa-parlimen-muda-sabah-isytihar-keluar-parti Menurut kenyataan bekas Ketua Parlimen MUDA Semporna, Yusof Pg Abd Kasim, keputusan untuk...