Skip to main content

Mahathir Punca Krisis Sabah

A person in a suit and tie

AI-generated content may be incorrect.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini mendakwa tiada calon yang layak untuk memimpin Sabah ketika ini.

Beliau mendakwa budaya politik yang didorong oleh personaliti ahli politik, parti dan suku kaum telah menjadi isu besar dalam pembentukan kerajaan negeri yang baik.

Namun, kenyataan itu merupakan kata-kata yang sinis dan tidak bertanggungjawab daripada Mahathir.

Kenyataan tersebut pula datang daripada seorang bekas Perdana Menteri yang pernah 'merosakkan' politik negeri itu suatu masa dulu.

SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2018/01/01/sabahans-wont-forgive-dr-m-for-projek-ic-says-sabah-leader/1543601

A person in a red shirt

AI-generated content may be incorrect.

Hakikatnya, ketika era pentadbiran Mahathir sebagai Perdana Menteri keempat, Sabah menjadi mangsa kepada permainan politiknya.

Di bawah pentadbirannya, projek kontroversi yang dikenali sebagai 'Projek IC' atau 'Projek M' dilaksanakan, sekali gus menyebabkan perubahan besar dalam demografi, politik dan kestabilan sosial Sabah sehingga kini.

Projek IC merujuk kepada dakwaan pemberian kad pengenalan atau taraf warganegara kepada pendatang asing, kononnya bagi meningkatkan jumlah pengundi yang menyokong parti yang diwakili oleh Mahathir pada masa itu.

Walaupun Mahathir pernah menafikan penglibatannya secara langsung, namun pelbagai laporan dan testimoni daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing di Sabah pada 2013 menunjukkan bahawa tindakan itu berlaku semasa beliau berkuasa.

Malah, beberapa saksi mendakwa pegawai-pegawai kerajaan diberikan arahan politik dari 'pihak atasan' untuk mempercepatkan pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing.

SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2014/12/03/sabah-rci-says-there-is-probability-that-projek-ic-existed/795445

A building with a blue and red flag

AI-generated content may be incorrect.

Sabah, yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai negeri aman dan stabil, kini terus bergelut dengan isu keselamatan, kebanjiran pendatang tanpa izin serta pertikaian status pengundi.

Lebih menyedihkan, isu tersebut telah menjejaskan struktur sosial dan identiti rakyat tempatan Sabah yang berasa semakin terpinggir di negeri sendiri.

Maka, kenyataan Mahathir bahawa tiada calon layak memimpin Sabah amat ironi memandangkan beliau sendiri adalah punca kepada keadaan tersebut.

Ketika berkuasa selama lebih dua dekad, Mahathir mempunyai peluang besar untuk membina generasi pemimpin Sabah yang berwibawa dan berintegriti.

Namun, pendekatan politiknya lebih banyak berpaksikan kepada kepentingan peribadi, bukan berfokuskan pembangunan kepimpinan tempatan.

SUMBER: https://www.thevibes.com/articles/news/65478/what-is-project-ic-and-why-is-pbs-bringing-it-up-again

A hand holding a card

AI-generated content may be incorrect.

Sabah masih menanggung kesan daripada tindakan yang dibuat oleh Mahathir pada waktu itu.

Isu pendatang asing tanpa izin masih belum selesai.

Sabah kini menjadi pintu masuk utama bagi kebanjiran pendatang asing yang tidak terkawal.

Ketidakstabilan politik pula menjadi norma apabila sejak 2018 sahaja, Sabah sudah beberapa kali bertukar kerajaan.

Sekiranya Mahathir benar-benar mahu bercakap soal kepimpinan Sabah, seharusnya beliau terlebih dahulu mengakui kesilapan lampau dan meminta maaf kepada rakyat negeri itu.

Bukannya sewenang-wenangnya melontarkan kenyataan kurang berasas dengan mengatakan tiada calon layak memimpin negeri terbabit.

SUMBER: https://www.malaysia-today.net/2019/09/12/dial-m-for-mykad-the-story-of-mahathirs-project-ic

A close-up of a card

AI-generated content may be incorrect.

Tuntasnya, Mahathir gagal melihat masalah kepimpinan Sabah hari ini sebahagiannya berpunca daripada sistem politik yang dibentuk semasa era pemerintahannya.

Rakyat Sabah tidak memerlukan nasihat daripada ahli politik yang sekian lama menjadi punca kepada masalah di negeri mereka.

Penduduk Sabah hanya memerlukan ruang untuk membina masa depan sendiri.

Jika benar Mahathir mahu melihat Sabah maju dan stabil, langkah pertama adalah berhenti mengeluarkan kenyataan sedemikian dan mula bertanggungjawab terhadap kesilapan yang pernah beliau lakukan.

Comments

Popular posts from this blog

MUDA Gagal Beri Nilai Tambah

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS hanya memperoleh 1,106 undi. Angka berkenaan adalah sangat rendah berbanding calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Bakir dengan 11,065 undi dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek (6,059 undi). Justeru, kekalahan terbabit mencerminkan kegagalan kerjasama politik antara PSM dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Walaupun kedua-dua parti tersebut mempromosikan kerjasama terbabit sebagai 'usaha blok ketiga' namun keputusan PRK itu mengundang satu persoalan besar. Mengapa PSM bekerjasama dengan MUDA? SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/04/27/official-results-bns-mohamad-yusri-clinches-ayer-kuning-by-election-with-5006-vote-majority/174610 MUDA sejak awal penubuhannya membawa aspirasi politik baharu iaitu memperjuangkan suara anak muda, integriti dan perubahan. Namun naratif tersebut kian pudar, terutama sele...

Syed Saddiq 'Kecewakan' Pengundi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah 'dijulang' sebagai muka baharu dalam arena politik tempatan kerana kerap memperjuangkan isu berkaitan golongan muda pada awal pembabitannya. Beliau sering tampil dengan imej progresif, lantang bersuara dan dianggap sebagai pembawa suara generasi muda untuk masa hadapan. Namun, perjalanan politiknya tidak seindah yang diharapkan oleh kebanyakan pihak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Saddiq menunjukkan kegagalan besar dalam soal integriti dan menjadi teladan kepada imej politik anak muda. Pelbagai isu atau kontroversi membelenggu perjalanan politiknya sehingga imejnya terjejas teruk.  Kontroversi paling besar yang menyelubungi karier politik Syed Saddiq adalah pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebat...

Keikhlasan Penyatuan Melayu Mahathir Diragui

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa kemelut dalam Bersatu tidak akan mengganggu perjuangannya dalam menyatukan orang Melayu. Mahathir mengatakan sebarang pertikaian dalam parti merupakan isu dalaman dan tidak wajar dianggap sebagai bibit perpecahan dalam perjuangan utama untuk memartabatkan bangsa Melayu. Namun, agenda perpaduan Melayu yang bagaimana mahu diperjuangkan oleh Mahathir? Paling penting, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas atau sekadar modal politik lama yang terus dimainkan demi mengekalkan pengaruhnya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/06/dr-m-tak-jujur-sebut-orang-melayu-berpecah-lepas-berundur-kata-bekas-timbalan-menteri Dalam konteks politik semasa, naratif perpaduan Melayu yang sering dimainkan Mahathir kelihatan semakin kehilangan kredibilitinya. Situasi itu didorong oleh realiti bahawa Mahathir merupakan faktor utama kepada perpecahan politik Melayu sejak lebih kurang empat dekad lalu. Mahathir serin...