Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Akta Penerbitan dan Mesin Cetak

Mahathir Tidak Layak Kritik Isu Kebebasan Bersuara

Baru-baru ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kestabilan dan keamanan negara dapat dicapai kerana kerajaan menasihati rakyat agar tidak bercakap. Mahathir mendakwa kerajaan turut mendesak pihak pembangkang untuk menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) agar tidak membuat ucapan kebencian. Beliau turut secara sinis mendakwa kerajaan mengeluarkan arahan agar media sosial dilesenkan supaya kebebasan bersuara rakyat disekat. Kenyataan sinis tersebut seolah-olah mencerminkan seorang pemimpin yang prihatin terhadap kebebasan bersuara, namun ironinya, Mahathir juga terkenal dengan langkah-langkah autoritarian yang beliau gunakan ketika menjadi Perdana Menteri. Sepanjang tempoh kepimpinannya sebagai Perdana Menteri, Mahathir menggunakan pelbagai mekanisme undang-undang, seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), untuk mengekang kebebasan bersuara dan menindas musuh politiknya. Semasa Mahathir memegang tampuk pemerintahan, salah satu instrumen yang paling kontrove...