Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Puteri Wangsa

Peluang MUDA Di Puteri Wangsa Makin Tipis

Keputusan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) untuk meletakkan Rashifa Aljunied sebagai calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 menimbulkan persoalan besar dalam kalangan pemerhati politik. Puteri Wangsa bukan sekadar kerusi biasa, tetapi merupakan simbol kemenangan pertama MUDA pada PRN Johor 2022. Ketika itu, Amira Aisya berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti selesa. Namun, empat tahun kemudian, Amira Aisya memilih untuk tidak mempertahankan kerusi berkenaan. Alasan yang diberikan adalah beliau mahu memberi tumpuan kepada kerusi Parlimen menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16). Walau bagaimanapun, dari perspektif politik, keputusan itu menimbulkan tanda tanya, adakah Amira Aisya sebenarnya gagal membina pengaruh di Puteri Wangsa? SUMBER: https://www.utusan.com.my/nasional/politik/2026/06/kerusi-dun-puteri-wangsa-milik-pkr-amanah-johor/ Puteri Wangsa mempunya...