Skip to main content

Peluang MUDA Di Puteri Wangsa Makin Tipis

Keputusan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) untuk meletakkan Rashifa Aljunied sebagai calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 menimbulkan persoalan besar dalam kalangan pemerhati politik.

Puteri Wangsa bukan sekadar kerusi biasa, tetapi merupakan simbol kemenangan pertama MUDA pada PRN Johor 2022.

Ketika itu, Amira Aisya berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti selesa.

Namun, empat tahun kemudian, Amira Aisya memilih untuk tidak mempertahankan kerusi berkenaan.

Alasan yang diberikan adalah beliau mahu memberi tumpuan kepada kerusi Parlimen menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Walau bagaimanapun, dari perspektif politik, keputusan itu menimbulkan tanda tanya, adakah Amira Aisya sebenarnya gagal membina pengaruh di Puteri Wangsa?

SUMBER: https://www.utusan.com.my/nasional/politik/2026/06/kerusi-dun-puteri-wangsa-milik-pkr-amanah-johor/

Puteri Wangsa mempunyai demografi campuran dengan penduduk Melayu, Cina dan India di kawasan tersebut.

Isu utama yang sering membelenggu kawasan itu adalah kos sara hidup, banjir kilat dan perumahan.

Pada PRN Johor 2022, kemenangan Amira Aisya seolah-olah dianggap sebagai bukti bahawa rakyat Johor sedia menerima politik generasi muda, meskipun kerusi itu sebenarnya 'hadiah' oleh PH.

Namun, selepas empat tahun, realiti politik mula berubah dan Puteri Wangsa menjadi medan sengit pertembungan lima penjuru pada PRN Johor 2026.

Dalam suasana sedemikian, keputusan Amira untuk tidak bertanding menimbulkan persepsi bahawa beliau sebenarnya tidak yakin mempertahankan kerusi tersebut.

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2022/03/940308/loji-kumbahan-rosak-500-keluarga-hidu-bau-busuk-sejak-22-tahun-lalu

Sepanjang sepenggal menjadi wakil rakyat di Puteri Wangsa, Amira Aisya gagal membina legasi yang kukuh di kawasan terbabit.

Isu banjir kilat masih berulang tanpa pelan mitigasi yang jelas.

Kos sara hidup terus menekan rakyat tanpa inisiatif yang menyeluruh daripada MUDA di peringkat DUN.

Projek perumahan rakyat dan isu jalan raya tidak mendapat perhatian serius.

Ketiadaan pencapaian yang konkrit membuatkan para pengundi Puteri Wangsa mula meragui kemampuan beliau.

Malahan, sepanjang memegang tampuk kepimpinan MUDA, Amira Aisya gagal menjadikan Puteri Wangsa sebagai model kejayaan nasional.

Retorik politik baharu yang sering dilaungkan tidak diterjemahkan kepada dasar substantif.

MUDA dilihat lebih banyak berpolitik di media sosial berbanding menyelesaikan isu setempat.

Amira Aisya turut sering dikritik kerana lebih menonjol di pentas nasional berbanding turun padang di kawasan Puteri Wangsa.

SUMBER: https://harakahdaily.net/2022/05/31/apabila-adun-muda-johor-sibuk-serang-kelantan/

Meletakkan Amira Aisya semula di Puteri Wangsa merupakan risiko besar buat MUDA.

Sekiranya beliau kalah, imej sebagai Presiden MUDA akan tercalar teruk dan peluang parti itu pada PRU-16 mungkin sudah menampakkan bayang-bayangnya.

Apabila meletakkan Rashifa, MUDA boleh menguji muka baharu tanpa menjejaskan reputasi Amira Aisya sebagai Presiden.

Rashifa bukanlah nama besar dalam dunia politik, sebaliknya beliau adalah Ketua Pegawai Pusat Khidmat DUN Puteri Wangsa.

Beliau dikatakan lebih dekat dengan komuniti setempat kerana sering turun padang dan menguruskan aduan rakyat.

Berusia 26 tahun, Rashifa melambangkan kesinambungan politik baharu buat MUDA.

Namun, cabaran besar menanti beliau kerana Puteri Wangsa kini menjadi kerusi panas dengan kehadiran pencabar seperti Dr. Maszlee Malik.

SUMBER: https://www.astroawani.com/video/kerusi-puteri-wangsa-jadi-ujian-buat-parti-muda

Tuntasnya, keputusan Amira Aisya untuk tidak bertanding di Puteri Wangsa adalah beliau cuba mengelakkan sebarang risiko yang berpotensi menjejaskan kredibilitinya sebagai pemimpin MUDA.

Sekiranya Rashifa kalah, maka parti itu akan kehilangan salah satu kerusi simboliknya.

Selain itu, Amira Aisya perlu membuktikan dirinya di pentas nasional sekiranya benar-benar mahu bertanding di kerusi Parlimen namun rekodnya yang lemah di Puteri Wangsa kekal menjadi liabiliti.

Hakikatnya, Amira Aisya gagal membina asas sokongan yang kuat di Puteri Wangsa sehingga menyebabkan beliau sendiri tidak yakin untuk mencalonkan dirinya sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

MUDA Gagal Beri Nilai Tambah

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS hanya memperoleh 1,106 undi. Angka berkenaan adalah sangat rendah berbanding calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Bakir dengan 11,065 undi dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek (6,059 undi). Justeru, kekalahan terbabit mencerminkan kegagalan kerjasama politik antara PSM dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Walaupun kedua-dua parti tersebut mempromosikan kerjasama terbabit sebagai 'usaha blok ketiga' namun keputusan PRK itu mengundang satu persoalan besar. Mengapa PSM bekerjasama dengan MUDA? SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/04/27/official-results-bns-mohamad-yusri-clinches-ayer-kuning-by-election-with-5006-vote-majority/174610 MUDA sejak awal penubuhannya membawa aspirasi politik baharu iaitu memperjuangkan suara anak muda, integriti dan perubahan. Namun naratif tersebut kian pudar, terutama sele...

Syed Saddiq 'Kecewakan' Pengundi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah 'dijulang' sebagai muka baharu dalam arena politik tempatan kerana kerap memperjuangkan isu berkaitan golongan muda pada awal pembabitannya. Beliau sering tampil dengan imej progresif, lantang bersuara dan dianggap sebagai pembawa suara generasi muda untuk masa hadapan. Namun, perjalanan politiknya tidak seindah yang diharapkan oleh kebanyakan pihak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Saddiq menunjukkan kegagalan besar dalam soal integriti dan menjadi teladan kepada imej politik anak muda. Pelbagai isu atau kontroversi membelenggu perjalanan politiknya sehingga imejnya terjejas teruk.  Kontroversi paling besar yang menyelubungi karier politik Syed Saddiq adalah pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebat...

Keikhlasan Penyatuan Melayu Mahathir Diragui

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa kemelut dalam Bersatu tidak akan mengganggu perjuangannya dalam menyatukan orang Melayu. Mahathir mengatakan sebarang pertikaian dalam parti merupakan isu dalaman dan tidak wajar dianggap sebagai bibit perpecahan dalam perjuangan utama untuk memartabatkan bangsa Melayu. Namun, agenda perpaduan Melayu yang bagaimana mahu diperjuangkan oleh Mahathir? Paling penting, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas atau sekadar modal politik lama yang terus dimainkan demi mengekalkan pengaruhnya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/06/dr-m-tak-jujur-sebut-orang-melayu-berpecah-lepas-berundur-kata-bekas-timbalan-menteri Dalam konteks politik semasa, naratif perpaduan Melayu yang sering dimainkan Mahathir kelihatan semakin kehilangan kredibilitinya. Situasi itu didorong oleh realiti bahawa Mahathir merupakan faktor utama kepada perpecahan politik Melayu sejak lebih kurang empat dekad lalu. Mahathir serin...