Baru-baru ini, Yahoo Finance UK menerbitkan semula laporan daripada portal antarabangsa, Love Money yang menyenaraikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai salah seorang pemimpin dunia paling kaya sepanjang zaman. Berdasarkan laporan berkenaan, Mahathir berada di tangga ketujuh dalam senarai 10 pemimpin terkaya dunia. Laporan itu menyebut beliau memiliki kekayaan sekitar AS$40 bilion (kira-kira RM160 bilion). Kekayaan tersebut dilaporan berpunca daripada kepentingan Mahathir dalam lebih 50 bank di seluruh dunia. Laporan terbabit mencetuskan persepsi ramai tentang Mahathir sememangnya menyimpan aset yang tidak pernah diisytiharkan kepada umum. SUMBER: https://malaysiabangkit.com/yahoo-finance-uk-siar-semula-laporan-kontroversi-tun-m-antara-pemimpin-terkaya/ Mahathir kerap kali menegaskan bahawa beliau kononnya tidak kaya-raya seperti yang didakwa. Malah, beliau menyatakan bahawa seorang bekas Perdana Menteri Malaysia tidak mungkin mampu hidup mewah kerana gaj...