Skip to main content

Posts

Showing posts with the label PRU

Nasib MUDA Ikut Jejak PEJUANG

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) ditubuhkan bagi menarik dan membawa aspirasi generasi muda di negara ini. Namun selepas tiga tahun penubuhannya, MUDA kerap dirundung masalah dan terbaharu membabitkan bekas Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Ahli Parlimen Muar itu mengosongkan jawatan Presiden MUDA selepas didapati bersalah dalam kes skandal wang pada November lalu. MUDA berkemungkinan besar akan mengalami nasib sama seperti parti kecil lain seperti Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) yang sehingga kini dianggap gagal. Malahan, senario atau 'jalan cerita' kedua-dua parti itu seakan-akan sama ketika ini. Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/syed-saddiq-dipenjara-7-tahun-sebatan-denda-rm10-juta-445336 MUDA mempunyai masalah utama yang sejak dari awal tidak diselesaikan dengan betul dan teratur. Parti itu gagal mengetengahkan pendirian dan identiti politik mereka secara jelas kepada rakyat. Seperti PEJUANG, parti MUDA gagal membawa imej mereka sebagai ...