Skip to main content

Tindakan Terdesak Mahathir Rampas Kuasa


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU).

Gesaan itu bagi membuktikan sama ada rakyat benar-benar mengokong kepimpinan Anwar atau tidak.

Namun, ada pemerhati politik menyifatkan desakan Mahathir sebagai satu lagi strategi Mahathir untuk cuba merampas kuasa pemerintahan negara.

Mahathir sebelum ini pernah menyatakan tidak kisah untuk kembali menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga.

Adakah usaha Mahathir itu akan berjaya memandangkan sokongan rakyat terhadapnya bukan lagi seperti dahulu?

SUMBER: https://harapandaily.com/2025/06/06/mahathir-dan-gerakan-payung-besar-episod-lama-dendam-politik-yang-berulang/


Dikenali sebagai 'arkitek Malaysia moden', legasi Mahathir adalah gabungan pencapaian ekonomi, dasar kontroversi dan gaya pemerintahan autoritarian.

Tindakan Mahathir untuk 'membentuk' dunia politik tempatan menerusi pakatan strategik dan retorik yang berani telah menjadi senjata utamanya.

Desakan untuk membubarkan Parlimen menggemakan taktik sebelum ini, seperti 'Langkah Sheraton' pada 2020 apabila Mahathir memainkan peranan penting menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Kali ini, Mahathir cuba meletakkan PRU sebagai satu-satunya cara 'demokratik' untuk mengukur sokongan rakyat.

Mahathir turut cuba menonjolkan diri sebagai 'pejuang rakyat' dan pada masa yang sama ingin menjejaskan kredibiliti kerajaan.

SUMBER: https://malaysiagazette.com/2022/11/09/sebelum-langkah-sheraton-ada-usaha-lain-tukar-kerajaan-ph/


Mencecah usia 100 tahun, keinginan Mahathir untuk terus menjadi watak utama politik Malaysia menimbulkan persoalan tentang motivasinya.

Pengkritik politik berpendapat desakannya membubarkan Parlimen bukanlah demi prinsip demokrasi, tetapi lebih kepada dendam peribadi terhadap Anwar yang berakar selama puluhan tahun.

Perhimpunan 'Himpunan Turun Anwar' yang dianjurkan oleh Mahathir dilaporkan hanya menarik 15,000 orang.

Satu angka yang sederhana dan tidak menyokong dakwaannya bahawa rakyat beramai-ramai menolak Anwar.

Pengaruh Mahathir jelas semakin pudar. Inisiatif terbarunya seperti gerakan 'Payung Besar Melayu' yang bertujuan menyatukan pengundi Melayu dikritik sebagai mengitar semula retorik lama berasaskan kaum, bukannya usaha untuk menangani isu-isu semasa.

SUMBER: https://malaysiagazette.com/2025/07/31/cabaran-tun-m-bubar-parlimen-mengarut-faezuddin/


Desakan Mahathir untuk mengadakan PRU dilihat sukar berjaya dan tidak akan memihak kepada dirinya lagi.

Kemenangan PRU pada 2018, ketika beliau mengetuai PH adalah kemuncak kebangkitannya semula.

Namun, pengunduran mengejut beliau pada 2020 sehingga mengakibatkan kejatuhan kerajaan PH memadamkan sebahagian besar kepercayaan yang pernah dipulihkan.

Pengundi muda khususnya melihat Mahathir sebagai figura masa lalu, yang legasinya tercalar akibat gaya autoritarian dan pakatan politik yang tidak konsisten.

Diskusi politik kini pula lebih terarah kepada isu-isu seperti kestabilan ekonomi, transformasi digital dan kesaksamaan sosial, justeru membuatkan retorik Mahathir kelihatan lapuk.

Para pengkritik politik menyifatkan tuntutan Mahathir sebagai tidak bertanggungjawab dan didorong oleh kepentingan peribadi, bukannya kepentingan negara.

Mereka berpendapat pembubaran Parlimen di pertengahan penggal, apatah lagi selepas PRU-15 yang menelan kos lebih RM1 bilion, hanya akan menggugat ekonomi dan keyakinan pelabur.

Pemulihan Malaysia pasca pandemik dan cabaran ekonomi global memerlukan kestabilan, bukannya ketidakpastian politik.

SUMBER: https://suara.tv/31/07/2025/masa-tun-sudah-berlalu-syahredzan-bidas-cabaran-mahathir-bubar-parlimen/


Tuntasnya, tuduhan Mahathir terhadap Anwar dan desakan untuk mengadakan PRU mengejut adalah sebahagian daripada skrip lama berunsurkan provokasi dan cubaan merampas kuasa.

Namun, Malaysia pada 2025 bukanlah Malaysia pada era 1980-an atau 2018.

Pengundi kini semakin letih dengan taktik Mahathir dan sokongan terhadapanya semakin mengecil.

Bagi Mahathir kembali sebagai Perdana Menteri buat kali ketiga, beliau memerlukan gelombang besar sokongan rakyat dan barisan pembangkang yang bersatu, sesuatu yang tampak mustahil.

Desakan membubarkan Parlimen lebih kepada 'jeritan' seorang figura politik yang kian hilang cengkaman, berusaha kekal relevan dalam landskap politik moden. 

Comments

Popular posts from this blog

MUDA Gagal Beri Nilai Tambah

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS hanya memperoleh 1,106 undi. Angka berkenaan adalah sangat rendah berbanding calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Bakir dengan 11,065 undi dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek (6,059 undi). Justeru, kekalahan terbabit mencerminkan kegagalan kerjasama politik antara PSM dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Walaupun kedua-dua parti tersebut mempromosikan kerjasama terbabit sebagai 'usaha blok ketiga' namun keputusan PRK itu mengundang satu persoalan besar. Mengapa PSM bekerjasama dengan MUDA? SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/04/27/official-results-bns-mohamad-yusri-clinches-ayer-kuning-by-election-with-5006-vote-majority/174610 MUDA sejak awal penubuhannya membawa aspirasi politik baharu iaitu memperjuangkan suara anak muda, integriti dan perubahan. Namun naratif tersebut kian pudar, terutama sele...

Syed Saddiq 'Kecewakan' Pengundi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah 'dijulang' sebagai muka baharu dalam arena politik tempatan kerana kerap memperjuangkan isu berkaitan golongan muda pada awal pembabitannya. Beliau sering tampil dengan imej progresif, lantang bersuara dan dianggap sebagai pembawa suara generasi muda untuk masa hadapan. Namun, perjalanan politiknya tidak seindah yang diharapkan oleh kebanyakan pihak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Saddiq menunjukkan kegagalan besar dalam soal integriti dan menjadi teladan kepada imej politik anak muda. Pelbagai isu atau kontroversi membelenggu perjalanan politiknya sehingga imejnya terjejas teruk.  Kontroversi paling besar yang menyelubungi karier politik Syed Saddiq adalah pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebat...

Keikhlasan Penyatuan Melayu Mahathir Diragui

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa kemelut dalam Bersatu tidak akan mengganggu perjuangannya dalam menyatukan orang Melayu. Mahathir mengatakan sebarang pertikaian dalam parti merupakan isu dalaman dan tidak wajar dianggap sebagai bibit perpecahan dalam perjuangan utama untuk memartabatkan bangsa Melayu. Namun, agenda perpaduan Melayu yang bagaimana mahu diperjuangkan oleh Mahathir? Paling penting, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas atau sekadar modal politik lama yang terus dimainkan demi mengekalkan pengaruhnya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/06/dr-m-tak-jujur-sebut-orang-melayu-berpecah-lepas-berundur-kata-bekas-timbalan-menteri Dalam konteks politik semasa, naratif perpaduan Melayu yang sering dimainkan Mahathir kelihatan semakin kehilangan kredibilitinya. Situasi itu didorong oleh realiti bahawa Mahathir merupakan faktor utama kepada perpecahan politik Melayu sejak lebih kurang empat dekad lalu. Mahathir serin...