Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU). Gesaan itu bagi membuktikan sama ada rakyat benar-benar mengokong kepimpinan Anwar atau tidak. Namun, ada pemerhati politik menyifatkan desakan Mahathir sebagai satu lagi strategi Mahathir untuk cuba merampas kuasa pemerintahan negara. Mahathir sebelum ini pernah menyatakan tidak kisah untuk kembali menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga. Adakah usaha Mahathir itu akan berjaya memandangkan sokongan rakyat terhadapnya bukan lagi seperti dahulu? SUMBER: https://harapandaily.com/2025/06/06/mahathir-dan-gerakan-payung-besar-episod-lama-dendam-politik-yang-berulang/ Dikenali sebagai 'arkitek Malaysia moden', legasi Mahathir adalah gabungan pencapaian ekonomi, dasar kontroversi dan gaya pemerintahan autoritarian. Tindakan Mahathir untuk 'membentuk' dunia politik tempatan menerusi pakatan strategik ...